ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Ford Ranger generasi baharu dirakam dari jarak dekat

Foto Intip

Views

Nampaknya semakin kerap Ford Ranger generasi baharu menjalani ujian di Thailand. Kali ini beberapa foto trak pikap yang masih sarat dengan pelitup celoreng itu telah dimuat naik oleh warganet bernama BigBig Jaruwat ke laman ‘group‘ Facebook, Ford Ranger Club Thailand.

Kali ini foto lebih jelas dengan kerana ia beresolusi tinggi dan berjaya dirakam semasa ketiga-tiga unit ujian Ranger itu sedang berhenti di satu kawasan hentian. Kelihatan juga kelibat beberapa warga asing ‘Mat Saleh’ yang mungkin ditugaskan sebagai pemandu uji trak pikap itu.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Kita juga dapat melihat dengan lebih jelas bentuk lampu hadapan Ranger generasi baharu, yang menampilkan jejalur lampu siang LED (DRL) berbentuk huruf C terbalik dan juga dua lampu utama LED di susun secara menegak, berbentuk segi empat.

Jerijinya kali ini agak lebar, dengan kemasan berbentuk sarang lebah berwarna hitam berkilat dan ditengah-tengahnya terdapat satu palang yang memegang logo Ford dan bersambung terus dengan kedua-dua lampu hadapan.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Jika anda perasan, kelihatan dua jenis rim yang digunakan, satu seperti bunga pecah lapan dengan kemasan dwitona krom dan hitam, manakala satu lagi berbentuk enam jejari dengan kemasan krom dan kelabu yang nampak lebih kecil dari segi diameternya, mungkin varian yang berbeza.

Dikhabarkan, pilihan enjin yang bakal ditawarkan, termasuklah enjin 2.3-liter EcoBoost empat-silinder dengan 300 kuasa kuda, enjin 2.7-liter EcoBoost V6 dengan 330 kuasa kuda dan berkemungkinan enjin 3.0-liter EcoBoost V6 dengan 400 kuasa kuda.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply