ARKIB

KATEGORI

Buletin

Insiden pemuda nyaris digilis lori treler sedang disiasat

Berita Tempatan

Views

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden melibatkan seorang penunggang motosikal yang hampir digilis sebuah lori kontena di pekarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman di Klang pagi semalam.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di stesen minyak berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Katanya, ketika kejadian, sebuah lori kontena yang dipandu seorang wanita berumur 35 tahun membuat pusingan U di dalam kawasan stesen minyak, sebelum melanggar mangsa yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah terjatuh dan hampir digilis treler berkenaan. Beliau berkata, kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun mengalami luka pada tangan dan sakit bahagian kaki serta badan. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Semalam, video tular berdurasi 23 saat itu memaparkan seorang pemuda sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

Secara tiba-tiba sebuah treler yang berada tidak jauh di belakangnya bergerak dan membelok sebelum melanggar belakang badan mangsa.

Mangsa yang sedang duduk mengisi angin tayar bagaimanapun sempat bangun sebaik kaki kanannya hampir digilis treler berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply