ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM lalukan akitivi pembersihan pantai sempena Hari Pembersihan Sedunia

Views

Sempena sambutan Hari Pembersihan Sedunia pada 15 September 2018, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama aktivis alam sekitar Guardians of Mother Earth, Trash Hero dan I-Cycle menyertai pergerakan sivik global itu menerusi aktiviti pembersihan pantai di Sepang. Seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan ETCM, ahli keluarga Nissan, rakan-rakan dan para sukarelawan aktivis alam sekitar berkumpul di Pantai Bagan Lalang di Sepang, bergotong-royong membersihkan bahan terbuang untuk tujuan pantai yang lebih bersih dan hidupan marin bebas dari kekotoran dan pencemaran.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, aktiviti Pembersihan Pantai merupakan salah satu insiatif eko syarikat di bawah kempen Nissan Nurtures Nature yang dilancarkan pada Jun 2018. ETCM ingin meningkatkan kesedaran mengenai isu pembuangan sampah dan mendidik amalan positif untuk menambah baik kualiti hidup masyarakat. Aktiviti ini diharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk memainkan peranan masing-masing dalam memulihara alam sekitar.

Pantai Bagan Lalang yang terletak berhampiran bandar Sungai Pelek di daerah Sepang, kira-kira 60km dari Kuala Lumpur menjadi lokasi kegemaran untuk melakukan aktiviti keluarga pada hujung minggu seperti berkelah, berkhemah, menaiki bot dan pelbagai aktiviti rekreasi lain. Namun apa yang menyedihkan, sampah terutamanya beg plastik dan puntung rokok dibuang merata tempat di kawasan pantai.

JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?

Sepanjang aktiviti pembersihan pantai ini, para peserta telah mengutip lebih 200kg bahan terbuang termasuk 113kg barangan yang boleh dikitar semua, 86kg sampah dan 6kg puntung rokok. Antara sampah yang sering dibuang ialah penyedut minuman, botol kaca dan plastik, pembungkus makanan, sudu, garfu dan pelbagai jenis buangan lain. Data material bahan buangan ini akan dihantar ke pihak berkuasa Pembersihan Sedunia untuk dianalisa dan memahami lebih mendalam tentang skala masalah pembuangan sampah di Malaysia.

Sesi-sesi interaktif turut diadakan, di mana para peserta berkongsi infomasi dan pengalaman membersihkan pantai, sesi meditasi pendek untuk berhubung dengan alam sekitar serta ceramah eko mengenai pengurusan sampah oleh aktivis alam sekitar. ETCM akan meneruskan kempen Nissan Nurtures Nature. Sudut eco seterusnya akan diadakan pada 6 & 7 Oktober 2018, bermula jam 10 pagi hingga 8 malam secara eksklusif di ETCM Butterworth dan ETCM Ipoh.

Tarikh dan lokasi Nissan Nurtures Nature:

TarikhMasa WilayahLokasi
6 – 7 Oktober10am – 8pmUtara
UtaraETCM Ipoh

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut dan kemas kini kempen Nissan Nurtures Nature boleh menghubungi Jabatan Khidmat Pelanggan ETCM di talian 03-4047 8788 atau hantarkan e-mel ke [email protected]. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply