ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Malaysia lancar dua model skuter, Avenis 125 dan Burgman Street EX 125 – Harga dari RM6,980

Berita Tempatan

Views

Suzuki Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan dua model skuter baharu ke pasaran tempatan, iaitu Avenis 125 dan Burgman Street EX 125.

Kedua-dua model ini telah membuat penampilan pertamanya di Malaysia sempena Kuala lumpur Bike Show pada tahun lalu.

Avenis 125 ditawarkan dalam dua pilihan versi iaitu biasa dan GP, manakala Burgman Street EX 125 hanya ditawarkan dalam satu versi sahaja.

Berikut adalah tanda harga bagi Suzuki Avenis 125 dan Burgman Street EX 125 (tidak tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran):

  • Suzuki Avenis 125 – RM6,980
  • Suzuki Avenis 125 GP – RM7,200
  • Suzuki Burgman Street EX 125 – RM7,500

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Info ringkas Suzuki Avenis 125 dan Burgman Street EX 125:

Pilihan warna

  • Suzuki Avenis 125: Metallic Matte Fibroin Grey/Metallic Lush Green, Metallic Matte Black/Glass Sparkle Black dan Metallic Sonic Silver/Triton Blue (GP Edition)
  • Suzuki Burgman Street EX 125: Pearl Moon Stone Gray dan Metallic Mat Black

Enjin dan transmisi

  • Kedua-dua model ini berkongsi enjin silinder tunggal SOHC 125cc SEP dengan sejukan udara yang menjana 8.7 PS pada 6,750 rpm dan 10 Nm daya kilas pada 5,500 rpm. Ia digandingkan bersama transmisi CVT dan kuasa disalurkan menerusi roda belakang.
  • Burgman Street EX 125 dilengkapi dengan fungsi Engine Auto Stop-Start (EASS) bersama Suzuki Silent Starter System.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kapasiti tangki bahan api

  • Kapasiti tangki bahan api untuk Avenis 125 adalah 5.2 liter, manakala Burgman Street EX pula 5.5 liter.

Ciri-ciri menarik

  • Kedua-duanya dilengkapi dengan ruang penyimpanan di bawah tempat duduk dengan kapasiti 21.5 liter, soket pengecas USB, meter digital dan penutup tangki minyak dengan engsel luaran.

Avenis 125 dan Burgman Street EX 125 kini berada di pengedar Suzuki seluruh negara dan didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

Suzuki Avenis 125

Suzuki Burgman Street EX 125

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply