ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu Sirion facelift bakal dipamerkan di GIIAS 2021? Indonesia dapat kembar Myvi facelift (D51A) lebih awal?

Berita Global

Views

Satu senarai model-model kereta baharu yang bakal dipamerkan semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021 bulan depan telah dimuat naik ke laman Instagram, b_channel_indonesia sejak semalam.

Dari senarai model-model yang akan dipamerkan nanti, kami agak terkejut kerana kembar Perodua Myvi, iaitu Daihatsu Sirion versi facelift antara yang bakal membuat kemunculan di pentas pameran itu nanti.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Setakat ini di Malaysia, masih belum ada tanda-tanda Myvi facelift (D51A) akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Seperti yang kita tahu, model MPV Toyota Avanza/Veloz dan Daihatsu Xenia atau pengganti Perodua Alza (D27A) akan turut dilancarkan semasa acara tersebut.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Seperti yang kami war-warkan dalam artikel terdahulu, Myvi facelift (D51A) akan menerima perubahan kosmetik pada bahagian depan dan akan dilengkapi dengan transmisi D-CVT yang kini digunakan pada model Ativa.

Untuk D51A, tiada lagi transmisi manual akan ditawarkan dan ia akan dilengkapi dengan Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0).

Selain dari Sirion facelift, GIIAS 2021 bakal menampilkan beberapa model baharu seperti Mitsubishi Xpander facelift, Suzuki Ertiga yang dipertingkatkan, Hyundai Stargazer, Isuzu D-Max dan MU-X baharu, Wuling Mini EV dan banyak lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply