ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

Foto Porsche Macan EV dan Macan Turbo EV bocor sebelum pengenalan global di Singapura malam ini!

Foto Tiris

Views

Beberapa foto Porsche Macan EV dan Macan Turbo EV serba baharu tertiris di media sosial, menjelang pengenalan globalnya yang dijadualkan berlangsung pada hari ini (25 Januari 2024) di Singapura pada jam 8:30 malam (waktu Malaysia).

Foto-foto tersebut telah dimuatnaik oleh pemilik akaun X (Twitter) bernama Mike Juergens beberapa jam yang lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dalam ciapan tersebut, Mike Juergens turut mendakwa ada individu dalam Porsche yang sengaja membocorkan foto-foto berkenaan.

Porsche telah mula mengacah warganet model Macan EV sejak tahun 2019. Model tersebut sepatutnya dilancarkan tahun lalu, namun ia terpaksa ditangguhkan berikutan isu perisian (software).

Macan EV akan menjadi model elektrik sepenuhnya yang kedua dalam keluarga Porsche selepas Taycan. Ia dibina berasaskan pelantar PPE serba baharu yang dibangunkan bersama dengan Audi.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Pelantar ini juga akan dijadikan asas kepada model Audi Q6 e-tron. Menurut Naib Presiden Penggayaan Porsche, Michael Mauer, model ini merupakan “helah saranan” yang mengimbangi gaya reka bentuk klasik jenama berkenaan dengan inovasi.

Porsche berjanji yang Macan elektrik ini nanti akan menjadi “model paling sporty dalam segmennya.” Ia bakal menghamburkan lebih 600 kuasa kuda, dinamik litar perlumbaan dan keupayaan ‘off-road‘.

Porsche berkata, bateri 100 kWj Macan baharu mampu memberikan jarak pemanduan melebihi 500 km (WLTP).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mike Juergens

Foto rasmi dari Porsche

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply