Polis Perak berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto dengan tertangkapnya 11 individu termasuk dua wanita dalam serbuan di sebuah hotel di Ipoh, Sabtu lalu.
Kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun itu diberkas dalam satu seminar pelaburan urus niaga kripto (crypto AI Trading Bot) yang dianjurkan sindiket berkenaan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Tangkapan terhadap kesemua suspek itu berjaya menyelamatkan 55 orang warga tempatan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan mata wang kripto.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek yang ditahan itu terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita warga tempatan serta dua lelaki warga Filipina.
Katanya, siasatan mendapati, suspek yang ditangkap bertindak sebagai penganjur, penaja, penceramah dan ejen mencari pelanggan yang giat mempromosikan skim pelaburan semasa seminar berlangsung.
Pelbagai pakej urus niaga ditawarkan dalam seminar tersebut dengan nilai 20 USDT (RM94.58) hingga 10,000 USDT (RM47,287.68) selain dijanjikan pulangan pelaburan antara 0.5 peratus sehingga 2.2 peratus setiap hari mengikut kadar modal yang dilaburkan.
Menurut beliau, sindiket berkenaan juga dikesan menggunakan sistem pelaburan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikatakan dapat membantu pelabur memperoleh keuntungan secara mudah dan cepat.
Katanya, kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada warga tempatan berusia 40 hingga 60 tahun di mana mereka tidak begitu memahami urus niaga kripto selain tidak menyedari platform dalam talian yang diwujudkan itu adalah perangkap untuk memperdayakan mangsa. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Polis Perak
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI