ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Volvo EM90 ‘dibocorkan’ oleh portal MIIT, versi kembar Zeekr 009

Berita Global

Views

Wajah sebenar model minivan elektrik, Volvo EM90 telah ‘dibocorkan’ oleh portal Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT)China baru-baru ini.

Volvo EM90 sebenarnya adalah minivan elektrik mewah enam tempat-duduk yang merupakan versi ‘kembar’ kepada model Zeekr 009 yang dibangunkan dari pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) Geely.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Ia dilengkapi dengan motor elektrik tunggal yang menjana 272 kuasa kuda, dibekalkan oleh oleh anak syarikat Geely iaitu Viridi E-Mobility (VREMT) sama seperti kembarnya, Zeekr 009.

Volvo EM90 dipacu oleh roda belakang dan kelajuan maksimanya dihadkan kepada 180 km/j sahaja. Kapasiti baterinya pula tidak diketahui, manakala pek baterinya dihasilkan oleh CATL Geely (Sichuan) Power Battery Co.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Ia merupakan pek bateri ternary (NMC). Dari segi dimensi, Volvo EM90 berukuran 5,206 mm panjang, 2,024 mm lebar, 1,859 mm tinggi dan jarak antara gandar rodanya pula 3,205 mm.

Dari segi penggayaan, ia masih mengekalkan sebahagian besar rekaan asal Zeekr 009 dengan menampilkan identiti jenama Volvo seperti lampu hadapan ‘tukul Thor’, jeriji rekaan tertutup dan lampu jenis menegak.

Volvo telah mula mengacah model berkenaan di laman maya dan EM90 dijangka akan membuat debut sulungnya pada 12 November ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MIIT

Zeekr 009

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply