ARKIB

KATEGORI

Buletin

Zeekr 009 – Minivan EV dengan jeriji ‘ala Rolls-Royce’, jarak tempuh 700 km

Berita Global

Views

Zeekr mengembangkan lagi barisan modelnya dengan sebuah minivan elektrik serba baharu yang akan dijual bersama-sama model shooting brake, 001.

Model yang dikenali sebagai 009 menampilkan reka bentuk bersegi yang sekilas pandang memiliki gaya seakan generasi keempat KIA Carnival dari pandangan sisi.

Paling mencuri tumpuan adalah rekaan hadapan dengan jeriji besar tertutup mirip Rolls-Royce serta mempunyai sebanyak 154 unit lampu LED.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Selain itu, kita dapat melihat susun atur lampu siang LED (DRL) yang disusun menegak, manakala lampu utamanya berada sedikit ke bawah pada bahagian bampar.

Ke bahagian belakang, ia 009 menampilkan cermin rekaan berpetak dan lengkung tayar yang menonjol. Ia disambungkan dengan garis bahu yang ‘sado’, tingkap yang bergaya dan tiang hitam yang memberikan visual bumbung terapung.

Model minivan EV ini juga dilengkapi dengan bumbung purnama kecil dan bumbung suria panoramik di atas tempat duduk penumpang hadapan. Ia turut dipasang dengan spoiler belakang kecil dan lampu belakang unik yang bersambung dengan jejalur bercahaya.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Di ruang kabin, ia memperlihatkan kemasan mewah dengan tempat duduk balutan kulir dengan reka corak geometrik. 009 mempunyai paparan skrin sistem infohibur bersaiz besar dan susun atur tiga baris tempat duduk.

Dari segi dimensi, 009 berukuran 5,209 mm panjang, 2,024 mm lebar dan 1,856 mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula 3,205 mm. Ini bermakna, 009 lebih 79 mm panjang jika dibandingkan dengan Carnival.

Model ini dibina dari pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) Geely dan mempunyai jarak tempuh mengikut data NEDC sejauh 700 km.

Ia dijangka membuat penampilan sulung di Chengdu Motor Show pada 26 Ogos nanti dan lebih banyak informasi akan diketahui menjelang tarikh tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply