ARKIB

KATEGORI

Tular

Tesla Model Y diparkir tiba-tiba terbakar di Puchong

Tular

Views

Sebuah kereta jenis Tesla Model Y yang diparkir di tepi jalan, secara tiba-tiba mengalami kebakaran di Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor, malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.32 malam.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Sehubungan itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, bomba mendapati ia melibatkan sebuah kereta jenis Tesla Model Y yang terbakar sebanyak 70 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan. Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata, kes itu diserahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut. – Astro AWANI

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply