Sekali lagi kelibat model sedan pengganti kepada Prevé, Proton S50/S70 (SS11) tanpa sebarang pelitup penyamaran berjaya dikesan oleh orang awam.
Foto intipan terbaharu itu telah dimuatnaik oleh Muhamad Shamim ke laman paultan.org Automotive/Car Discussion Group beberapa jam yang lalu.
Dalam artikel terdahulu, varian Flagship X berwarna Deep Marine Blue yang sedang menjalani penggambaran iklan komersial telah berjaya dirakam oleh Ilyas Othman.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
S50/S70 (SS11) warna Passion Red ini dilihat tidak dipasang dengan skirting sisi, serta spoiler depan dan juga belakang. Berkemungkinan ia merupakan salah satu varian sama ada Executive, Premium atau Flagship.
Setakat ini, apa yang kami dimaklumkan, besar kemungkinan model ini akan menggunakan nama S70, namun ia masih belum disahkan lagi.
Buat permulaan S50/S70 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
Varian dengan enjin aspirasi alami (NA) pula, hanya akan ditawarkan bermula dari tahun 2025. Tujuh pilihan warna akan ditawarkan pada model S50/S70 (SS11), dua warna solid manakala selebihnya warna metalik, termasuk warna baharu.
Berikut adalah senarai pilihan warna Proton S50 (SS11):
- Passion Red (Solid)
- White (Solid)
- Space Grey (Metalik)
- Quartz Black (Metalik)
- Armour Silver (Metalik)
- Deep Marine Blue (Metalik)
- Teal Bayon Green (Metalik) – warna baharu
Dari segi keselamatan, model ini akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) yang lebih canggih, setanding dengan pesaing dalam kelasnya. Fasa pengeluaran besar-besaran S50/S70 (SS11) pula dijangka bermula sekitar bulan Oktober ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Muhamad Shamim
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
KOMEN TERKINI