ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha siar video acah model baharu, 135LC V8 ke?

Berita Tempatan

Views

Nampaknya, semakin banyak model motosikal baharu bakal dilancarkan ke pasaran dalam masa terdekat. Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) menerusi hantaran terkini di laman Facebook rasminya hari ini, telah mula menyiarkan video acah sebuah model motosikal baharu.

Buat permulaan hanya imbasan di bahagian rim dan juga tayar motosikal baharu itu yang ditonjolkan, selain grafik yang memaparkan kapsyen “Evolusi Penakluk” dan “Kuasa Baharu”.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Jujur kami katakan, sebenarnya kami ‘agak kurang mahir’ dalam segmen motosikal. Namun, ada beberapa komen di hantaran tersebut mengatakan model tersebut berkemungkinan besar adalah Yamaha 135LC V8.

Jika tekaan tersebut tepat, Yamaha 135LC V8 ‘mungkin’ akan dijana dengan enjin yang dilengkapi sistem pancitan bahan api, jika merujuk kepada kapsyen “Kuasa Baharu”.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Sebenarnya, dalam artikel terdahulu kami pernah menyiarkan foto intip model berkenaan yang telah diuji sekitar Lembah Klang.

Rekaan depan model ujian tersebut kelihatan mempunyai iras Yamaha Y15ZR V2, manakala rekaan belakangnya pula mirip Yamaha Y16ZR.

Model kapcai itu nanti akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mac 2021 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Apa pun, kita nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply