ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tahan ambulans elak risiko besar kemalangan

Tular

Views

Tindakan polis menahan sebuah ambulans di susur Jalan Danga Bay ke Jalan Johor Bahru ketika melakukan kawalan lalu lintas pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Angsana Johor Bahru Mall, Sabtu lalu bertujuan mengelakkan risiko besar kemalangan.

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata, sekiranya anggota trafik memberi laluan hijau kepada ambulans, dikhuatiri akan berlaku pertembungan antara ambulans dan kenderaan konvoi di laluan turun bukit dan 100 meter di hadapan lebih awal antara jalan utama dan jalan keluar dari susur Jalan Danga Bay.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Jelasnya, semasa kejadian, ambulans yang datang dari arah susur Jalan Danga Bay tetap diberikan keutamaan laluan, malah anggota bertugas turut memberi ruang laluan kepada ambulans antara kenderaan lain untuk maju ke hadapan.

Tambahnya, anggota bertugas juga telah membuat penilaian daripada setiap sudut keselamatan dan setelah konvoi berlepas, ambulans diberikan laluan hijau untuk meneruskan perjalanan. Ambulans hanya ditahan dalam tempoh 30 saat.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Beliau berkata, Polis Daerah Johor Bahru Utara telah terkesan dengan video berdurasi 46 saat yang memaparkan kejadian berkenaan, melibatkan dua anggota sedang bertugas membuat ‘cut off‘ atau ‘point duty‘ seperti yang tular di media sosial.

Susulan itu, Rupiah berkata satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Ujar beliau lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan komen dan maklumat tidak benar, serta tidak bertanggungjawab melalui kaedah tular di media sosial bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply