Semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, Perodua telah membuat kejutan dengan memperkenalkan model konsep Myvi GT yang telah berjaya menarik perhatian seluruh warganet sehingga laman sosial menjadi topik ‘membawang hangat’.
Namun begitu, setelah tiga tahun berlalu dan model facelift terbaharu Myvi dilancarkan minggu lalu, kelibatnya masih ‘belum nampak bayang’ lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Semasa pratonton media Myvi facelift, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya telah pun menubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan kajian terperinci terhadap pembangunan Myvi GT.
Katanya lagi, Myvi GT sebenarnya sudah pun bersedia untuk memasuki fasa pengeluaran. Walaubagaimanapun, pandemik Covid-19 telah menyebabkan projek tersebut tertangguh lagi kerana Perodua perlu menyusun semula pelan sedia ada dan memberi keutamaan kepada perkara yang lebih mustahak.
Sungguhpun begitu kata beliau, Perodua masih lagi tidak menyisihkan perancangan dan idea Myvi GT ini. Dengan mengambil kesempatan ini, sahabat kami yang pakar dalam manipulasi foto, Theophilus Chin mencuba nasib untuk memberi gambaran awal model Myvi GT versi facelift.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Masih mengekalkan unsur rekaan Myvi GT yang asal terutama sekali rekaan bampar, Theo telah mengadaptasikan rekaan Myvi facelift. terutama sekali bentuk lampu hadapan serta penggunaan lampu siang LED (DRL) yang diubah kepada menegak.
Di bahagian belakang juga masih lagi kekal, tetapi sedikit perubahan dibuat pada bamparnya. Corong ekzos berkembarnya masih lagi digunapakai manakala spoiler belakangnya telah diubah kepada warna hitam.
Theo juga telah memberikan beberapa pilihan warna, termasuklah warna asal putih selain merah, kuning dan hitam (ala R3). Apa pendapat anda tentang Myvi GT 2022 versi Theo ini?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theophilus Chin
Myvi GT KLIMS 2018
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>
KOMEN TERKINI