ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua lancar Myvi facelift – Terima 4,303 tempahan dalam tempoh 9 hari, harga dari RM45,700

Berita Tempatan

Views

Perodua malam ini melancarkan Myvi facelift (2022) yang setakat ini menerima 4,303 tempahan hanya dalam 9 hari. Dengan kos pembangunan sebanyak RM50 juta, model ini memiliki teknologi canggih, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik, penampilan baharu yang ‘sporty’ serta warna baharu.

Berikut adalah lima varian yang ditawarkan dan harga jualan Myvi facelift (untuk Semenanjung Malaysia, tanpa insuran dan tidak termasuk SST):

1.3G (tanpa PDSA)RM 45,700
1.3G RM 47,700
1.5 XRM 49,900
1.5 HRM 53,900
1.5 AV RM 58,800

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, pihaknya menjangkakan untuk mendaftar 6,000 unit setiap bulan, yang mana ini membolehkan syarikat itu mengekalkan kecenderungan jualan Myvi pada masa akan datang.

Pelancaran model ini dibuat dalam tempoh minggu yang sama dengan pelancaran Myvi generasi ketiga iaitu pada 16 November 2017. Myvi yang mula diperkenalkan pada Mei 2005 telah menjual kira-kira 1.3 juta unit setakat ini dan daripada jumlah tersebut, Myvi generasi ketiga terjual sebanyak 277,329 unit.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Perubahan ketara pada Myvi facelift termasuk penambahbaikan dalam sistem keselamatannya, menampilkan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang direka dengan mengambilkira keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

PSDA mempunyai empat ciri iaitu, Bantuan Pemanduan Selamat (ASA), Bantuan Pemanduan, Bantuan Parkir dan Bantuan Lampu Utama (untuk semua varian kecuali varian asas 1.3L G).

Ciri-ciri lengkap ini boleh didapati dalam varian AV yang melayakkannya menjadi kereta dengan teknologi Pemanduan Autonomi Tahap 2 di bawah harga RM60,000. Selain itu, antara penambaikan yang dibuat pada Myvi facelift adalah transmisi Dwi-mod CVT (Continuous Variable Transmission) yang menggantikan transmisi 4-kelajuan.

Kata Datuk Zainal, dengan penambahbaikan ini, Myvi facelift mampu mencatatkan peningkatan sebanyak 5 peratus atau tambahan 1km bagi setiap liter bahan api serta 20 peratus pecutan yang ditambahbaik.

Myvi facelift turut menampilkan warna baharu iaitu Cranberry Red, yang hanya tersedia untuk varian AV. Warna-warna lain termasuklah Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak tersedia untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Mengenai prospek industri keseluruhan tahun ini, Datuk Zainal berkata cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19 masih ada dan memberi kesan kepada pengeluaran kenderaan yang kerap tergendala untuk menghentikan penyebaran virus itu.

Tambah beliau, kekurangan bekalan cip semikonduktor juga masih menjadi isu bagi para pengeluar di seluruh dunia kerana pembuat cip bergelut untuk bersaing dengan permintaan.

Beliau berkata, Perodua tidak akan dapat mencapai sasaran jualan 214,000 kenderaan yang ditetapkan sebelum ini. Walaupun begitu, permintaan untuk kenderaan mereka masih mencatat jumlah pesanan yang besar serta jangkaan permintaan yang kuat pada masa hadapan berikutan pengecualian cukai jualan yang berterusan.

Sementara itu, Perodua juga turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan langganan kenderaan merangkumi semua nilai tambah yang dipanggil Perodua EZ MOBi yang mana perkhidmatan ini akan membantu syarikat-syarikat menguruskan armada (fleet) kenderaan mereka dari perolehan, servis dan penggantian fleet.

Pakej keseluruhan Perodua EZ MOBi termasuk pendaftaran kenderaan, pembaharuan insuran, kos servis, kos penggantian alat ganti, kereta ihsan, pelupusan kenderaan dan penggantian di bawah satu pelan langganan.

Salah satu keunikan Perodua EZ MOBi ialah pelan langganannya memfaktorkan semua kos untuk milikan dan pengendalian kenderaan kecuali penggunaan bahan api. Buat masa ini, ia tersedia di Lembah Klang dan hanya untuk entiti-entiti perniagaan dan agensi-agensi kerajaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

1.5 liter AV (Advance)

1.5 liter H

1.5 liter X

1.3 liter G

GearUp

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply