ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gantung atau batal permit institut memandu bukan polisi MOT – Wee Ka Siong

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menegaskan tindakan untuk membatalkan permit institut memandu (IM) dan menarik balik sijil tenaga pengajar yang mempunyai rekod kemalangan jalan raya, bukanlah polisi kementerian itu.

Menurut Sinar Harian, Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu bukan merupakan satu ketetapan dasar oleh MOT pada masa ini.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Ujarnya, tindakan tersebut hanyalah merupakan pandangan peribadi Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim.

Katanya, sebarang hala tuju dasar atau apa jua cadangan tambah baik akan dikaji secara holistik dan saintifik terlebih dahulu oleh kementerian dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan termasuk keberkesanan, kebolehlaksanaan dan keupayaan untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

MOT tidak mahu menuding jari secara melulu terhadap pihak tertentu dan seterusnya persalahkannya semata-mata berdasarkan andaian atau hipotesis yang tidak berasas.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Beliau berkata, kajian terperinci melibatkan sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan serta cadangan penambahbaikan.

Dalam masa sama, MOT bersama agensi-agensi di bawahnya akan meneruskan aktiviti advokasi dan penguatkuasaan sedia ada bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pematuhan kepada peraturan jalan raya serta aspek keselamatan jalan raya di seluruh negara.

Kementerian serius dan komited dalam memastikan jalan raya kekal selamat digunakan oleh semua pihak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply