ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Nissan Navara didakwa atas 6 pertuduhan, termasuk membunuh dan dadah

Berita Tempatan

Views

Pemandu Nissan Navara yang merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian kemalangan maut didakwa di Mahkamah Majistret Bentong hari ini atas enam tuduhan termasuk empat tuduhan membunuh dan dua kesalahan berkaitan dadah.

K! ONLINE melaporkan, tertuduh Ahmad Fuad Mohd. Salleh, 44, yang memakai baju lengan pendek menyatakan faham selepas empat pertuduhan membunuh dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim.

Bagi pertuduhan berkaitan dadah pula tertuduh yang kelihatan tenang dan tersenyum mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Tertuduh yang berasal dari Lipis dan bekerja sebagai penternak ikan dituduh atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman mati jika sabit kesalahan.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Mengikut empat kertas pertuduhan berkenaan pada kira-kira pukul 2.30 petang pada 28 Januari lalu di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga di Bentong tertuduh didapati membunuh empat mangsa iaitu Raihan Mohamad, 43; Ahda Dalili Mohd. Nazri,14; Ahmad Muaz Mohd. Nazri,7 dan Ahda Imtinan Mohd. Nazri,5.

Bagi pertuduhan kelima pula tertuduh didakwa pada pukul 12.05 tengah malam 29 Januari lalu di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong didapati menggunakan dadah berbahaya jenis methamphatamine dengan cara yang salah.

Bagi kesalahan ini tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) ADB yang dibaca bersama Seksyen 38 B ADB.

Dalam pertuduhan keenam pula tertuduh didakwa pada 11.45 pagi 28 Januari lalu di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga di Bentong memiliki 0.75 gram methamphetamine dan didakwa di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) ADB 1952.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Punitha manakala tertuduh diwakili peguam, Farah Idayu Nusi.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Shahrul Eksan dalam prosiding menyatakan tertuduh tidak diberikan jaminan termasuklah dalam kes berkaitan dadah memandangkan tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 Mac depan sebutan semula kes bagi mendapatkan keputusan maklumat bedah siasat keempat-empat mangsa dan juga laporan kimia tertuduh.

Dalam kejadian kemalangan pada 28 Januari lalu, mangsa dan tiga anaknya maut selepas Toyota Velfire dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda di simpang lampu isyarat susur Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) dekat Kilometer 2 Jalan Lebu Mempaga di Bentong.

Semasa kejadian mangsa yang menaiki Toyota Velfire dipandu suaminya dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudaranya.

Kejadian berlaku apabila Toyota Velfire dinaiki mangsa dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply