ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gara-gara bakar sampah, Myvi pula yang hangus

Berita Tempatan

Views

Pembakaran sampah dipercayai menjadi punca sebuah kereta Perodua Myvi milik penduduk musnah terbakar di Parit 3 Timur Sungai Panjang, Sungai Besar, pagi tadi.

Utusan Online melaporkan, kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku selepas api sampah berkenaan merebak dan terkena kereta yang diletakkan di kawasan rumah keluarga mangsa.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, ketika kejadian pemilik kereta berusia 38 tahun itu sedang berada di dalam rumah keluarganya di lokasi berkenaan.

Katanya, pemilik kereta itu cuba memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api namun gagal dan segera menghubungi bomba.

Kebakaran itu dipercayai berpunca akibat pembakaran sampah dan merebak ke kenderaan tersebut. Jelas beliau, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.46 pagi.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Operasi itu disertai sepasukan empat pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar.

Beliau berkata, kebakaran memusnahkan kira-kira 90 peratus kereta berkenaan dan berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Tambah Hafisham, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tidak dipastikan individu yang terlibat membakar sampah di lokasi tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply