ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gara-gara memandu lawan arus, empat buah kenderaan kemalangan

Berita Tempatan

Views

Kosmo! melaporkan seorang lelaki nyaris maut selepas kereta dipandu secara melawan arus terbalik dalam nahas membabitkan empat buah kenderaaan di lampu isyarat simpang empat Jalan Bukit Baru- Duyung di Melaka, pagi tadi.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu, mangsa berusia 50-an dikatakan bertindak memandu secara melawan arus arah Duyung menuju ke Bukit Katil bagi mengelak kesesakan di lampu isyarat berkenaan. Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Abdillah Hamid, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat pukul 7.28 pagi.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan empat buah kenderaan iaitu Proton Iswara, Proton Waja, kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra dan Perodua Viva. Tambah beliau, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Iswara yang datang dari arah Duyung dipandu secara melawan arus untuk mengelak kesesakan lampu isyarat menuju ke Bukit Pulau.

Abdillah berkata, pada masa sama, tiga lagi kenderaan terbabit datang dari arah Bukit Pulau menuju ke Bukit Katil menyebabkan berlaku rempuhan sebelum Proton Iswara itu terbalik. Tambah beliau lagi, mangsa yang cedera telah dikeluarkan orang awam sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply