ARKIB

KATEGORI

Tular

Gara-gara salah faham ‘dituduh mencuri telefon bimbit’ jadi punca Perodua Bezza dirosakkan, dua lelaki ditahan

Tular

Views

Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan di hadapan sebuah restoran di Station 18 dekat Ipoh yang tular dalam media sosial, awal pagi tadi.

K! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihak polis mengesan satu hantaran dalam media sosial berkaitan pergaduhan yang berlaku di kawasan Station 18 di mana laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat pada pukul 11.51 malam, semalam.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Siasatan mendapati insiden itu melibatkan seorang lelaki yang dituduh mencuri telefon bimbit menyebabkan mangsa dikejar sekumpulan penunggang motosikal sehingga kereta dipandu mangsa melanggar sebuah kenderaan lain, sebelum berlaku rusuhan oleh sekumpulan individu termasuk penghantar makanan.

Tambahnya, kenderaan mangsa telah dirosakkan dengan menggunakan kerusi dan kon plastik serta batu. Menurut beliau, berdasarkan siasatan, punca kejadian akibat salah faham dan kecurian telefon bimbit oleh mangsa yang tidak dapat dibuktikan.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Terdahulu, beberapa video dan gambar kejadian itu tular dalam media sosial yang memaparkan sekumpulan individu bertindak agresif dengan mengejar dan mengepung sebuah kereta Perodua Bezza dipandu seorang lelaki.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply