ARKIB

KATEGORI

Buletin

Navara dipandu lelaki ‘disyaki positif dadah’ rempuh Vellfire, empat sekeluarga maut

Berita Tempatan

Views

Empat daripada lima sekeluarga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki disyaki positif dadah di Kilometer 2, Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, petang tadi.

Menurut Berita Harian, mangsa yang meninggal dunia adalah Raihan Muhammad, 43, dan tiga anaknya, Ahda Dalili Mohd Nazri, 14, Ahmad Muaz Mohd Nazri, 7, dan Ahda Imtinan Mohd Nazri, 4.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lima sekeluarga berkenaan dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Kuala Lumpur, sebelum MPV jenis Toyota Vellfire dinaiki mereka dirempuh pacuan empat roda jenis Nissan Navara di persimpangan lampu isyarat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kemalangan mengakibatkan Raihan dan tiga anaknya meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, bagaimanapun, pemandu Vellfire berusia 44 tahun hanya cedera di tangan kiri, manakala pemandu Navara yang disyaki positif dadah jenis methapethamin dan opiat cedera di kepala.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Siasatan awal berdasarkan maklumat saksi kejadian mendapati, pemandu Navara berusia 44 tahun itu dipercayai melanggar lampu isyarat sebelum merempuh kenderaan mangsa dari hadapan.

Selain itu, siasatan juga mendapati pemandu Navara berkenaan memiliki tujuh rekod jenayah lalu berkaitan dadah dan polis akan mendapatkan perintah reman ke atasnya esok.

Katanya, mayat mangsa yang terbunuh dihantar ke Hospital Raub, manakala pemandu Navara pula dihantar ke Hospital Bentong, sebelum dirujuk ke Hospital Temerloh.

Pihak polis meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian ini untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply