ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki ‘melekat’ pada cermin Proton Saga, rayu bekas isteri maafkan

Tular

Views
@falaqjodoh Panjat kereta bekas isteri rayu minta maaf #falaqjodoh #suami #isteri #nikah #cerai #rujuk #talak #fyp ♬ original sound – Perkiraan Falaq Jodoh

Tular di media sosial rakaman memaparkan seorang lelaki sanggup ‘melekat’ di cermin hadapan sebuah Proton Saga, gara-gara mahu memujuk bekas isterinya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pemilik akaun TikTok Falaq Jodoh semalam, lelaki bertopi keledar itu berulang kali memohon maaf kepada bekas isterinya selain meminta supaya wanita itu memberhentikan kereta.

Kata lelaki itu, dia masih sayangkan wanita tersebut dan mahu memeluknya buat kali terakhir. “Ayang turun la sekejap, turun sekejap sahaja. Ayang tolong lah.

“Ayang turun lah dulu, jangan buat macam ini. Turun lah, sekali sahaja. Nak peluk awak lepas itu dah,” rayu lelaki itu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut mengundang ketidakselesaan pada bekas isterinya sehingga wanita itu terpaksa menjerit bagi melepaskan rasa geram.

Kejadian yang berlaku di sebuah kawasan rumah perumahan itu turut dilihat oleh penduduk-penduduk di sana.

Pada hujung rakaman tersebut, seorang individu dipercayai penduduk setempat cuba menenangkan lelaki itu dan memintanya untuk turun dari kereta.

Namun, dia tetap berdegil dan tidak mahu turun kerana takut bekas isterinya melarikan diri.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pelbagai reaksi juga diberikan oleh warganet di ruangan komen berhubung situasi tersebut sehingga meraih lebih 2.3 juta tontonan dan 101,800 tanda suka.

“Ramai cakap gila talak tapi hakikat kita tak tahu apa yang mereka hadap, kira rasa bangga sebab Allah tutup aib kita sahaja,” kata @KeChIk_black.

“Aku pernah lalui situasi macam ini naik atas kereta sebab bekas suami aku (masa itu masih suami) keluar dengan ‘skandal’ dia. Lepas itu dia tekan minyak kereta aku jatuh, sedih sangat,” kongsi @Risha.

“Teringat dekat diri sendiri pernah merayu dekat suami sendiri walaupun dia tak nak dah dekat saya disebabkan orang ketiga. Masih juga merayu,” luah @icelemontea. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply