ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely acah model ketiga dari pelantar CMA – ‘SUV andalan’ tujuh-tempat duduk bakal dilancar tahun depan

Berita Global

Views

Nampaknya gergasi automotif China, Geely semakin rancak membangunkan model baharu. Baru-baru ini mereka mula mengacah peminat permotoran di alam siber dengan kelibat model ketiga yang dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA).

Model SUV andalan tujuh-tempat duduk yang menggunakan kodnama KX11 itu difahamkan akan mula dikeluarkan pada suku ketiga tahun depan. Sebelum ini sudah ada beberapa model yang dibina dari pelantar yang dibangunkan secara usaha sama Volvo dan Geely, antaranya SUV, Xing Yue dan sedan, Xing Rui, termasuk beberapa model Lynk & Co, Volvo XC40 dan Polestar 2.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Menurut info, KX11 yang mempunyai ukuran dimensi 4,810 mm panjang dan jarak antara gandar 2,805 mm akan lebih kecil sedikit berbanding SUV Geely paling besar, iaitu Hao Yue (VF11) yang diwar-warkan bakal menjadi SUV ketiga Proton (X90) menjelang penghujung 2022.

Ini bermakna, ada kemungkinan ia bakal menjadi ‘SUV andalan’ dengan tujuh-tempat duduk. Unit penjana model ini pula dikatakan dari enjin petrol 2.0 liter turbo dari siri Drive-E yang mampu menghasilkan 190 kuasa kuda dengan 300 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Enjin ini bakal digandingkan dengan transmisi dwicekam 7-kelajuan (7-DCT) dan SUV ini akan dipacu menerusi roda hadapan. Berkemungkinan pada masa depan, ia akan turut ditawarkan dengan penjana hibrid serta hibrid plug-in. KX11 dijangka membuat kemunculan sulung di Shanghai Auto Show yang akan membuka tirai pada 19 April 2021.

Adakah model ini bakal di’Proton’kan pada masa depan? Jangkaan kami mungkin tidak, sekiranya Proton telah merancang untuk membangunkan SUV ketiga dari model Hao Yue (VF11) yang boleh dijual dengan tanda harga lebih kompetitif. Ia bakal mengakibatkan ‘pertindihan model dalam satu segmen’ meskipun KX11 berada pada kelas lebih tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply