ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Persona dan Iriz MC2 terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang bakal menggembirakan bakal pemilik dua model dikemaskini Proton yang akan dilancarkan pada tahun depan iaitu Persona dan Iriz MC2. Menerusi satu hantaran ringkas di laman sesawangnya, Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) mengumumkan kedua-dua model tersebut telah berjaya menerima penarafan 5-Bintang!

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Penilaian tersebut telah dilakukan mengikut protokol dan sistem penarafan ASEAN NCAP bagi 2017-2020. Ia merangkumi tiga kategori termasuklah Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) dan Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT). Buat masa ini tiada butiran lanjut mengenai keputusan ujian tersebut dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut maklumat terbaharu yang diperolehi dari ejen perisik Mat Bond, bersar kemungkinan Persona dan Iriz MC2 bakal memulakan fasa pengeluaran massa sekitar penghujung bulan Februari atau awal bulan Mac 2021. Jika info ini benar, kami menjangkakan ia bakal diperkenalkan pada bulan April atau selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Selain Persona dan Iriz MC2, Proton turut memperkenalkan satu varian ala crossover dari model Iriz yang dijangka bakal dilancarkan serentak. Pembaharuan yang paling ketara pada model-model ini adalah pertukaran transmisi dari CVT kepada 4-kelajuan automatik pada model Saga.

Selain itu, ia turut diberi nafas baharu terutama reka bentuk bampar baharu, lampu depan jenis LED serta penambahbaikan di ruang kabin antaranya meter baharu, pelaras pendingin hawa jenis digital dan unit infohiburan jenis terapung. Nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply