Ini berita yang agak mengejutkan kita semua. Setelah dicanang sebagai calon kesukaan ramai, Geely Automobile Holdings membuat kejutan dengan menarik diri dari membida kepentingan Proton sebagai Rakan Strategik Asing. Firma dari China melalui kenyataan Presidennya, An Conghui telah memberitahu kepada South China Morning Post mengenai keputusan tersebut namun enggan mengulas mengenai sebab penarikan diri mereka.
Ini sekaligus menjadikan PSA Group menjadi calon tunggal untuk meneruskan bidaan kepentingan dalam syarikat kereta nasional tersebut. Geely dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Hong Kong memaklumkan, pendapatan mereka telah melonjak 78 peratus kepada 53.7 bilion Yuan hasil jualan 765,970 unit kenderaan pada 2016 sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak 50.2 peratus daripada tahun sebelumnya. Daripada jumlah ini, 744,191 unit merupakan jualan domestik (China), yang meningkat sebanyak 53.6 peratus berbanding tahun 2015.
Pemilik jenama Volvo itu juga mengumumkan keuntungan bersih syarikat telah naik 126 peratus kepada 5.1 bilion Yuan. Desas-desus mengenai penarikan diri Geely sebagai Rakan Strategik Asing Proton telah mula kedengaran sejak awal bulan ini menerusi satu sesi temu bual Pengerusi Geely, Li Shufu bersama dengan Bloomberg yang mengatakan syarikat dari Malaysia itu tidak pasti mengenai apa yang dimahukan dari Rakan Strategik Asing dan berkata Proton sentiasa mengubah keputusan.
Adakah dengan penarikan diri Geely Automobile Holdings memberi laluan mudah kepada PSA Group untuk terus dipilih sebagai Rakan Strategik Asing Proton? Adakah Proton akan mengumumkan Rakan Strategik Asing mereka tidak lama lagi? Mungkin juga Proton masih meneliti tawaran yang dibuat oleh PSA Group sebelum membuat sebarang keputusan. Apapun kita nantikan kesudahannya, baibai Geely!
KLIK UNTUK BESARKAN
itulah proton..flip flop..sendiri tak tau apa nak….padahal kompeni tgh kritikal nak jual mahal lagi..tak paham la mgmt DRB ni…mmg xde harapan la proton…x hilang lagi perangai sombong x tentu pasai
Mmm… org kalau x dpt apa yg diminta, mmg la akan buat statement meroyan. Ckp proton x tau apa nk la apa la, padahal prootn dh tau apa yg Geely nk n permintaan itu x mgkin prootn agree.
Cheers!
PHB sebenarnya telah menetapkan syarat pengambilalihan. Geely Cuba untuk mengubah syarat yang ditetapkan PHB. Bila tak dapat apa yg dihajati mulalah Geely tuduh PHB Itu ini. Syarat yang PHB tetapkan sememangnya tidak menyebelahi Geely.
Kalau tak tahu tak payah komen
Dengar kata puncanya Geely nak 80% saham Proton. Tapi Proton tak sanggup lepaskan sampai 80%. PSA pula tak kisah dengan 51% saham, sama macam Daihatsu dengan Perodua, 51% saham milik Daihatsu.
Rasanya 80% terlalu tinggi dan hilang terus kuasa undi dalam Proton nanti. Kalau tiba-tiba dia nak ambil terus Lotus dan tutup Proton serta guna kilang Proton untuk pasang kenderaan Geely & Volvo sahaja, tiada siapa yang boleh halang dah.
Btul jugak,Dah nama china penamak jer la
Ya Betul. Pada awalnya DRB hanya mahu jual 49% sahaja saham PHB Dan telah menetapkan syarat yang tidak menyebelahi geely. Tetapi geely mahu lebih 80% Dan perubahan syarat keatas pemilikan PHB
Kalau PSA ambil alih, nanti takut jadi mcm model rebadge eropah Tiara, Savvy. Byk masalah pada gearbox enjin dan sparepart. Hua Hua Hua!
Tiara Dan savvy cerita 20 Dan 10 tahun lalu. Cuba Tanya mereka yang telah guna Peugeot 308 tahun 2008 /2013. Tiada masalah kualiti. Dan kebanyakan model Peugeot yang dijual di Malaysia di Pasang di gurun Kedah. Kilang NAZA.
PSA juga ada membina/ menjual kereta bajet segment-C. Kereta bajet Proton segment-A Dan B saja. 301 Dan c-elysee