ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pra-pengeluaran Myvi generasi ketiga bermula Julai ini?

Views

Ini mungkin berita yang bakal memberi keterujaan maksima kepada peminat Myvi. Maklumat terbaharu yang diperolehi dari rakan kami, Eric Goh dari laman sesawang Carlist.my mengatakan Perodua akan memulakan pra-pengeluaran Myvi generasi ketiga pada bulan Julai nanti. Model serba baharu ini kini sedang dibangunkan oleh Perodua bersama rakan teknikalnya Daihatsu dan diberi nama kod D20N.

Difahamkan D20N ini bakal menjadi model Perodua yang pertama menggunakan Tangki Minyak Plastik (PFT) yang beratnya hanya separuh daripada tangki minyak besi yang biasa, sekaligus mengurangkan berat kereta. Pengeluaran massa generasi ketiga Myvi ini pula dijangka bermula pada bulan Oktober dan berkemungkinan pelancarannya dibuat seawal bulan November 2017.

Myvi D20N bakal membawa ciri ciri yang terdapat pada model Bezza seperti sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Bantuan Mula-Mendaki (HSA) dan Eko Melahu (Eco Idle). DijanGka Perodua bakal menggantikan enjin DVVT sedia ada dengan unit Toyota NR 1.3 liter dan 1.5 liter Dual VVT-i yang kini dipasang pada model Bezza dan Vios baharu. Nampaknya Perodua menyasarkan D20N menjadi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

2016-ToyotaPaso-22

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


    • Kalau tak yag facelift pun takpe. Keluarkan dulu Iriz yang dah refine pada Persona tu.. teruk beno bunyi ekzos dan CVT dia tak pick up tu.. Kalau tak, aku beli Myvi kalau Myvi keluar dulu daripada Iriz facelift


    • Facelift usually means in every 3 or 4 years of production cycle

      For example previous saga blm had facelift to saga flx after 3 years of saga blm in production before they stop production to make the new facelift

      Varies according model and brand


  • Mmm… jika model baharu ini mendapat title EEV, bemakna cukai eksais utk model nie dpt pengurangan kn? Adakah bermakna harganya nanti juga menerima penurunan?

    Cheers!

Leave a Reply