ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely beli syarikat pembuat kereta terbang

Views
The Transition®: Driven to Fly

Laman sesawang Popular Mechanics melaporkan, pemilik Volvo, Lotus dan Rakan Strategik Asing baharu Proton, Geely telah membeli kepentingan dalam syarikat pengeluar pesawat terbang, Terrafugia yang kini sedang mengintai peluang untuk mengeluarkan kereta terbang.

Syarikat Terrafugia ditubuhkan pada tahun 2006 oleh graduan dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang mempunyai impian untuk membina dan mengkomersilkan kenderaan yang mempunyai sayap yang boleh dilipat dan boleh bertukar menjadi sebuah pesawat ringan. Model pertama mereka, Transition telah mendapat tempahan dari pembeli yang mampu menjana pendapat melebihi USD25 juta. Terrafugia telah beberapa kali melakukan ujian penerbangan prototaip model produksi sejak tahun 2009.

Tidak seperti kebanyak kereta terbang konsep yang boleh berlepas secara menegak, Transition masih lagi memerlukan landasa untuk berlepas dan mendarat. Kenderaan tersebut juga tidak dilengkapi dengan teknologi autonomi dan masih memerlukan juruterbang yang mempunyai sijil penerbangan yang sah untuk mengendalikannya.

Kepintaran teknologi mekanisma sayap berlipatnya telah berjaya menganugerahkan syarikat tersebut kontrak ketenteraan untuk membangunkan DARPA Transformer TX yang merupakan pesawat tentera Amerika Syarikat yang menggabungkan teknologi pergerakan di permukaan. Adakah tidak lama lagi Geely akan gabungkan teknologi autonomi yang ada pada Volvo dan kehebatan pemanduan dan pengendalian Lotus pada model Terrafugia pada masa akan datang? Kita nantikan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply