ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Bo Yue X – Kembar Proton X70 dengan gaya ‘Dynamic Shield’ Mitsubishi

Berita Global

Views

Kembar Proton X70, Geely Bo Yue sekali lagi ‘mengalami pembedahan kosmetik’ dan terkini ia tampil dengan versi Bo Yue X yang diperkenalkan semasa Chengdu Auto Show. Sebenarnya model ini diberi sentuhan penggayaan semula dari versi Bo Yue Pro yang telah diperkenalkan sejak dua tahun lalu.

Sekilas pandang reka bentuk hadapannya mirip ‘Dynamic Shield‘ pada model semasa Mitsubishi, namun Geely berkata, ia sebenarnya adalah bahasa reka bentuk baharu mereka yang dinamakan ‘Energy Storm‘. Gaya rekaan ini telah diadaptasikan dari model konsep Vision Starburst.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Dari depan, ia menampilkan rekaan jeriji dan bampar baharu yang lebih aggresif. Reka corak jejaring dalam jerijinya kini lebih mirip kepada model Lexus dengan kemasan warna hitam. Bentuk plat gelincir dan corong udara di sisi bampar juga mengalami perubahan.

Ia turut dilengkapi dengan rim aloi lima jejari bersaiz 19-inci dengan kemasan hitam, angkup brek berwarna oren, rel para bumbung berwarna hitam serta kemasan pada sisi pintu yang dikemaskini dengan kemasan warna jingga.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Tiada perubahan ketara di bahagian belakang, hanya spoiler dan antena ‘sirip jerung’ dicat hitam, dan separuh dari pintu belakang diberikan kemasan hitam. Selain itu, lencana Bo Yue X turut kelihatan di bahagian belakang, serta sedikit perubahan pada diffuser bampar belakang.

Ruang kabinnya juga boleh dikatakan masih sama, perubahan hanya pada sarung tempat duduk kulit dengan kemasan dwitona, biru Beluga dan putih. Enjin juga masih sama, iaitu 1.8 liter turbo yang menghasilkan 184 PS dan 300 Nm daya kilas, yang digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT) yang turut digunapakai pada model X70.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply