ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely dipantau bagi memastikan pengambilan pekerja tempatan untuk Proton

Views

Memetik laporan berita dari portal New Straits Times, kerajaan akan memantau rapat pengeluar automobil yang berpangkalan dari China, Zhejiang Geely Holdings Bhd untuk memastikannya tidak mengabaikan pengambilan pekerja Malaysia untuk pengeluar kereta naisonal Proton. Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran memberi jaminan tersebut semasa persidangan Dewan Rakyat semalam dan kementerian akan memastikan bahawa Geely mematuhi undang-undang buruh negara.

Kerajaan akan melakukan siasatan secara terperinci jika mereka tidak mematuhi undang-undang kerana firma luar masih terikat dengan undang-undang Malaysia mengenai pengambilan pekerja asing. Kula Segaran menjawab soalan tambahan daripada Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) mengenai langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan Geely menggajikan pekerja tempatan walaupun memperoleh 49.9 peratus saham Proton pada September tahun lalu.

JOM BACA >> TIPS : Cara Nak Elakkan ‘Mabuk Kereta’

Menteri tersebut turut ditanya oleh Abdullah Sani mengenai apakah langkah yang akan diambil kerajaan jika syarikat luar yang mengambil alih syarikat tempatan enggan menggajikan rakyat Malaysia. Abdullah Sani turut membangkitkan isu mengenai Jabatan Buruh yang hanya mempunyai 400 orang pemeriksa untuk memantau majikan dan memastikan mereka mematuhi undang-undang pengambilan pekerja asing.

Kula Segaran mengakui bahawa terdapat kekurangan pemeriksa buruh untuk memeriksa perniagaan. Hanya terdapat 350 pemeriksa buruh buat masa ini dan kementeriannya telah memohon kepada Kementerian Kewangan untuk meningkatkan jumlah pegawai. Terdahulu, dalam menjawab soalan utama daripada Abdullah Sani, Kula Segaran memberitahu Dewan Rakyat bahawa terdapat 1,781,598 orang pekerja asing berdaftar di lima sektor rasmi dan satu sektor tidak rasmi setakat 31 Mei 2018.

Menteri tersebut berkata, majikan adalah dilarang daripada memecat pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing, selaras dengan Seksyen 60M Akta Pekerjaan 1955. Beliau juga menunjukkan bahawa sekiranya majikan perlu mengurangkan tenaga kerja mereka kerana terlalu banyak pekerja, mereka mesti terlebih dahulu melepaskan pekerja asing mereka sebelum mereka dapat menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan, selaras dengan Seksyen 60N, Akta yang sama.

JOM BACA >> TIPS : 5 Benda Yang Boleh Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!<

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply