ARKIB

KATEGORI

Buletin

Varian baharu Mitsubishi Triton VGT AT GL diperkenalkan

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), telah memperkenalkan varian terbaharu Mitsubishi Triton VGT AT GL yang didatangkan dengan pemain audio 2-Din, pilihan 4WD dan kawalan iklim automatik. Selain itu, penampilan luarannya lebih menyerlah dengan kehadiran jriji hadapan warna krom gelap, pemijak-sisi dan rim aloi bersaiz 16-inci.

Harga yang ditawarkan untuk varian ini adalah RM 103,800.00 serta didatangkan dengan waranti selama 5-tahun atau 200,000 km. Model CBU dari Thailand ini juga merupakan satu-satunya trak pikap dalam kategori 2.4 liter ke atas yang mendapat waranti seperti itu. Ia dikuasakan oleh enjin turbodiesel  2.4-litre MIVEC dengan teknologi VVT serta VGT yang mempu menjana kuasa sebanyak 181 PS dan 430 Nm tork.

Triton dilengkapi dengan sistem Kestabilan Aktif & Kawalan Cengkaman (ASTC) yang membantu mengawal kenderaan dalam keadaan jalan licin dan permukaan yang tidak rata. Casisnya yang kuat juga membantu semasa mengangkut beban berat (sehingga mencecah 1 tan) dan turut dilengkapi, dengan pelbagai ciri keselamatan yang lain seperti Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan, Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Bantuan Kestabilan Treler (TSA).

Kunjungi siri jelajah Mitsubishi Motors yang akan ke beberapa lokasi terpilih:

NoTarikhNegeriTempatMasa
127 September- 1 Oktober (Rabu-Ahad)Lembah KlangMid Valley Megamall, Centre Court10.00pg-10.00mlm
219-24 September

(Selasa-Ahad)

Johor BahruAeon Tebrau City, Centre Court10.00pg-10.00mlm

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply