ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely kini pemegang saham terbesar AB Volvo

Views

Memetik dari laporan Berita Harian, Geely pemilik jenama kereta dari Sweden, Volvo kini menjadi pemegang saham terbesar dalam AB Volvo menerusi satu transaksi bernilai 2.7 bilion Euro (RM13.11 bilion). AB Volvo adalah pengeluar trak kedua terbesar di dunia. Geely dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka telah memeterai perjanjian dengan pengurus dana aktivis terbesar di Eropah, Cevian Capital untuk mengambil alih keseluruhan 8.2 peratus pegangan modal saham dan 15.6 peratus hak mengundi dalam AB Volvo.

Maklumat kewangan lanjut tidak didedahkan tetapi berdasarkan harga semasa saham AB Volvo, transaksi berkenaan bernilai sekitar 27 bilion kronor Sweden. Geely Holdings komited untuk membeli 88.47 juta saham A dalam Cevian dan 78.77 juta saham B dalam AB Volvo. Selepas dimuktamadkan dan menerima kelulusan perundangan, mereka akan menjadi pemegang modal saham terbesar AB Volvo. Walaubagaimanapun, dana pelaburan Sweden, Industrivarden masih menjadi pemegang saham terbesar dalam aspek hak undian sebanyak 21.8 peratus.

Selain itu, mereka turut menguasai kepentingan modal sebanyak 6.7 peratus. Pengerusi Geely Holding, Li Shufu, berkata syarikat amat gembira menjadi pemegang modal saham terbesar dalam syarikat yang mengetuai pembangunan kenderaan komersial, pengeluaran dan jualan di dunia. Volvo yang ditubuhkan pada 1927 telah menjual perniagaan keretanya kepada gergasi automotif Amerika Syarikat pada tahun 1999 untuk memberi tumpuan kepada perniagaan kenderaan komersial.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply