ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saksikan ‘penampilan sulung’ GWM TANK 300 di Malaysia Autoshow 2024!

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pentas Malaysia Autoshow 2024 pada 22 hingga 26 Mei nanti di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dengan menampilkan pelbagai rangkaian produk.

 

Bertemakan “Go with More, Grow with Malaysia“,  antara model yang bakal dipamerkan adalah barisan kenderaan elektrik (EV) iaitu GWM ORA Good Cat dan GWM ORA 07, termasuk varian Performance yang membuat kemunculan kali pertama.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, ‘model yang bakal mencuri tumpuan’ di reruai GWM nanti adalah GWM TANK 300. Bukan itu sahaja, para pengunjung boleh membuat ‘tinjauan awal’ model SUV hibrid segmen-C, iaitu HAVAL H6 HEV.

Tumpuan utama GWM pada acara ini adalah kehebatan baharunya dalam prestasi off-road. “Jaguh Off-Road” di China ini menguasai lebih daripada 50 peratus pegangan pasaran menerusi GWM TANK.

Kenderaan off-road mewah ini menggabungkan keselesaan, pengembaraan, dan penarafan keselamatan 5-bintang ANCAP dengan teknologi terkini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hanya di acara ini, pengunjung akan berpeluang menyaksikan pratonton eksklusif HAVAL H6 HEV, yang dikuasakan oleh rangkaian kuasa 1.5T HEV dan juga ciri-ciri teknologi canggih yang lain.

Jualan terkumpul global HAVAL H6 kini telah melebihi 4 juta unit, merangkumi lebih daripada 60 negara. Kehadiran GWM Malaysia di Malaysia Autoshow 2024 mencerminkan dedikasinya yang berterusan untuk memukau pasaran dengan penawaran inovatifnya.

Ayuh kunjungi reruai GWM di Booth A04, Hall A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada 22 hingga 26 Mei 2024 mulai jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply