ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gemar pecahkan cermin kereta orang guna batu bata – Seorang lelaki dicekup

Berita Tempatan

Views

Memang jahat gila! Seorang pemuda berusia 24 tahun mempunyai hobi luar tabii iaitu memecahkan cermin kereta orang ramai menggunakan batu bata dan dipercayai sudah memecahkan cermin 18 kenderaan setakat ini.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Menurut Harian Metro, suspek yang aktif melakukan perbuatan itu sejak seminggu lalu akhirnya ditahan polis di Jalan Kemuning di Port Dickson, semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki itu ditahan pada jam 3.30 petang oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut, polis turut merampas tiga motosikal bersama kunci, topi keledar dan pakaian digunakan suspek ketika semasa melakukan jenayah itu di sebuah bengkel di Batu 9, Teluk Kemang. Susulan penahanan itu, polis yakin berjaya menyelesaikan kes kejadian pecah cermin kereta yang dibaling batu bata sejak seminggu lalu.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek bergerak secara solo dan aktif di sekitar kawasan Taman Perumahan di Port Dickson, Teluk Kemang serta Lukut. Tambahnya, batu bata yang digunakan (untuk memecahkan cermin kenderaan) dikutip di tepi jalan sekitar tempat kejadian.

Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tempoh lima tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply