ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi keempat KIA Carens buat kemunculan sulung di India, tampil lebih gah dengan gaya SUV

Berita Global

Views
Kia Carens | Coming Soon | The Squid

Setelah beberapa siri acah, KIA hari ini secara rasmi memperkenalkan generasi keempat Carens di India. Dari segi penggayaan, model yang dahulunya dengan rekaan MPV kini berubah dengan gaya SUV/crossover, namun masih mengekalkan karektor mesra-keluarga seperti model sebelumnya yang mementingkan praktikaliti.

Carens 2022 berkongsi pelantar bersama Seltos dan mempunyai lebar yang sama 1,800 mm, tetapi Carens lebih panjang dengan ukuran 4,540 mm dan lebih tinggi pada 1,700 mm. Jarak gandarnya juga lebih panjang berbanding model dalam kelasnya, iaitu 2,780 mm.

Penggayaan Carens 2022 mengadaptasikan bahasa reka bentuk baharu KIA yang dikenali sebagai “Opposites United“. Model ini kelihatan seperti sebuah SUV dengan lampu depan/belakang LED yang moden, plat gelincir kemasan aluminium dan pelapik plastik sekeliling badannya.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Rekaan muncung hadapannya agak unik dengan “Lampu Permata Mahkota” dan liang udara tengah yang besar diinspirasikan dari reka bentuk Soul, manakala lampu belakangnya mempunyai sedikit persamaan dengan Sportage baharu.

Di dalam kabin, papan pemukanya kelihatan moden untuk kenderaan dalam segmennya menerusi rekaan yang merentangi hingga ke pintu. Di tengahnya ada skrin sesentuh 10.25-inci yang berfungsi sebagai unit infohibur KIA Connect.

Selain itu, beberapa peralatan ditawarkan sebagai pilihan antaranya Sistem Bunyi Premium Bose dengan lapan pembesar suara, pencahayaan mood ambien dengan 64 warna, bumbung suria SkyLight, Mod Pelbagai Pemanduan (Sport/Eco/Normal) dan sistem penulen udara.

Dari segi praktikaliti, ia menawarkan tiga baris tempat duduk dengan ruang dalaman yang lapang. Tempat duduk baris keduanya boleh direbahkan secara elektrik dengan satu sentuhan sahaja.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan meja boleh tarik di belakang tempat duduk, tempat simpanan barang di bawah tempat duduk jenis gelongsor, pemegang cawan dengan penyejuk, corong penyaman udara di setiap baris, lima slot USB-C, tirai pelindung matahari pintu belakang serta poket penyimpanan untuk botol dan peranti.

Semua varian ditawarkan dengan Pakej Keselamatan Hi-Secure secara standard yang merangkumi enam beg udara, brek cakera dan sistem eletronik asas seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Mula Mendaki.

Untuk trenkuasa, Carens 2022 ditawarkan dengan pilihan antara enjin 1.5-liter petrol aspirasi alami (N/A), enjin 1.4-liter petrol turbocas atau enjin 1.5-liter diesel yang dipadankan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual, tujuh-kelajuan dwi-cekam automatik atau enam-kelajuan dengan penukar-daya kilas automatik.

Kuasa disalurkan menerusi gandar hadapan dan ia bakal memasuki pasaran India dan beberapa negara terpilih mulai suku pertama 2022. Nampaknya KIA Malaysia tiada perancangan untuk membawa masuk model ini secara CKD kerana mereka sudah menyenaraikan empat model SUV yang bakal dilancarkan pada tahun 2022 dan 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply