ARKIB

KATEGORI

Buletin

GIVI perkenalkan kotak motorsikal E30RN dan E350RN

Views

GIVI Asia, pemenang anugerah Jenama Antarabangsa dalam Aksesori Motorsikal, BrandLaureate Awards 2009/2010, memperkenalkan produk terbaru mereka kotak motorsikal E30RN dan E350RN. Kedua-duanya boleh menampung berat sehingga 3kg dengan E350RN mempunyai muatan sehingga 35 liter.

Dengan rekaan terkini GIVI dan pemantul cahaya yang dipertingkatkan, ia bukan sahaja mengikut trend terkini tetapi dapat meningkatkan keselamatan serta dapat menarik perhatian penunggang lain semasa di jalan raya pada waktu malam.

GIVI memberi jaminan global 1 tahun dan pembeli disarankan agar memasang kotak GIVI mereka menggunakan sistem monorack yang dikeluarkan oleh GIVI. Kotak motorsikal E30RN boleh didapati di pengedar GIVI terdekat dengan harga RM164.00, manakala E350RN yang lebih besar berharga RM245.00. Kedua-dua kotak ini juga mesra alam dan mematuhi standard REACH.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply