ARKIB

KATEGORI

Buletin

GoCar Garage tawar perkhidmatan ambil dan hantar kenderaan secara percuma sehingga 31 Oktober

Berita Tempatan

Views

GoCar Malaysia kini menawarkan perkhidmatan mengambil dan pulang GoValet secara percuma untuk menjimatkan masa dan memudahkan pelanggan untuk menyelanggara kenderaan bermula sekarang hingga 31 Oktober 2023.

Boleh didapati di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, GoValet merupakan perkhidmatan dari pintu ke pintu yang akan mengambil dan memulangkan kereta yang telah diservis kepada pelanggan dalam jarak sehingga 40km.

Sepanjang tempoh kempen ini, perkhidmatan GoValet adalah percuma untuk jarak 10km pertama kereta diambil dan dipulangkan.

Ia melibatkan semua kerja-kerja penyelenggaraan dengan pakej penukaran minyak enjin TotalEnergies Quartz dan Rubia seperti berikut:

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pakej ServisHarga
TotalEnergies Quartz Semi-synthetic 10W-40 oilRM198
TotalEnergies Quartz Fully-synthetic 5W-40 oilRM328
TotalEnergies Rubia Semi-synthetic 10W-40 oil (enjin diesel)RM198

Setiap pakej servis minyak ini merangkumi empat liter minyak pelincir, satu penapis minyak, satu pembersih drain plug dan kos buruh. Tambahan minyak enjin boleh didapati dengan caj berasingan.

Pelanggan boleh mengetahui lokasi rakan bengkel GoCar Garage yang mengambil bahagian dalam kempen servis penukaran minyak enjin TotalEnergies Quartz dan Rubia menerusi aplikasi mudah alih GoCar.

GoCar Garage membolehkan pelanggan untuk menjadual dan menempah temu janji servis dengan mudah, melihat perincian kerja-kerja yang akan dibuat dan melengkapkan pembayaran.

Tiada kos-kos tersembunyi atau caj yang mengejutkan kerana kerja-kerja hanya akan bermula selepas pelanggan meluluskan sebut harga berkaitan menerusi aplikasi GoCar atau laman seswang GoCar Garage.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dibina berasaskan pengalaman selama 60 tahun, minyak pelincir TotalEnergies Quartz telah diformulasi untuk memenuhi apa jua keperluan. Setiap formula menjalani penyelidikan, pembangunan dan ujian selama beribu-ribu jam.

Minyak enjin semi sintetik Quartz dengan teknologi ‘Clean-Shield‘ memastikan enjin 64 peratus lebih bersih berbanding had yang ditetapkan oleh industri.

Manakala minyak pelincir sintetik penuh Quartz dengan teknologi ‘Age-Resistance‘ menawarkan perlindungan tiada tandingan dari segi kurang kehausan sehingga 74 peratus berbanding standard industri.

Minyak enjin TotalEnergies Rubia dengan teknologi ‘Pro-Efficient‘ pula melindungi dan meningkatkan kecekapan enjin diesel yang digunakan untuk tugas berat.

Minyak enjin ini memastikan masalah kehausan mekanikal dapat dikurangkan dan selang penukaran minyak yang lebih lama. Ini sekali gus menjadikan jangka hayat enjin lebih lama, jarang rosak dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply