myTukar Powered by Carro, baru-baru ini telah menguji kereta-kereta myTukar Certified mereka dalam satu pengembaraan epik sejauh 700 kilometer bersama pencipta kandungan serba boleh Malaysia, Phei Yong dan rakan-rakan.
Perjalanan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Singapura yang akan disiarkan sepanjang 2 episod itu, bakal menyaksikan beberapa hentian yang penuh dengan keseronokan, permainan, dan jenaka bersama Phei Yong dan rakan-rakan.
Mereka juga akan menerokai proses-proses pensijilan dan baik pulih yang komprehensif di myTukar yang dipacu oleh inovasi, keselamatan, dan kualiti ketika diberi peluang untuk menguji sebuah kereta myTukar Certified secara menyeluruh.
Para penonton juga boleh menantikan promosi eksklusif badan dan cat kereta yang akan diumumkan dalam siri tersebut.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Menurut Phei Yong, beliau amat kagum dengan kereta BMW X4 xDrive30i myTukar Certified yang telah berkhidmat dengan baik sepanjang pengembaraan itu.
Bagi CEO myTukar, Derrick Eng pula, pihaknya gembira kerana dapat memberikan tawaran-tawaran yang hebat kepada orang ramai menerusi beliau di samping meningkatkan kesedaran terhadap jenama mereka.
Di samping itu, Phei Yong akan turut membuat penampilan dalam beberapa siri video pendek yang akan menerokai dengan lebih mendalam selok-belok myTukar dan Carro.
Phei Yong juga akan bertemu dengan kepimpinan tertinggi di Carro dan myTukar, seperti CEO Kumpulan Carro, Aaron Tan dan CEO myTukar, Derrick Eng untuk memahami proses-proses utama dan teknologi yang dipatenkan.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Ini termasuklah pemeriksaan 160 titik yang disokong oleh teknologi Penglihatan Berkomputer dan Kejuruteraan Akustik, serta proses baik pulih kereta secara dalaman (in-house) yang dicipta khas.
Pengembaraan 2 episod itu akan disiarkan pada 20 dan 27 September di saluran YouTube Phei Yong. Anda juga boleh menonton video-video pendek tersebut di akaun Instagram dan Facebook myTukar.
Bukan itu sahaja, para pelanggan yang membeli sebuah kereta myTukar Certified akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus secara automatik untuk pembaharuan insurans dengan myTukar untuk tahun berikutnya.
10 pelanggan yang terpilih berpeluang untuk memenangi baucar tunai bernilai RM3,000 yang sah untuk semua perkhidmatan selepas jualan, alat ganti, dan juga perkhidmatan pembaikan badan dan mengecat kereta, tertakluk pada terma dan syarat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI