ARKIB

KATEGORI

Buletin

GoInsuran dan inDrive jalin kerjasama tawar penyelesaian insurans inovatif bagi e-hailing

Berita Tempatan

Views

GoInsuran telah mengambil langkah besar dalam penyelesaian insurans pengangkutan melalui perkongsian strategik dengan sebuah platform mobiliti dan perkhidmatan bandar global, inDrive.

Kerjasama ini bertujuan untuk membentuk semula landskap insurans motor, dengan memberi keutamaan kepada keselesaan dan keselamatan pemandu dan penumpang melalui model yang telus dan adil.

Dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing, GoInsuran dan inDrive menawarkan manfaat yang tersendiri kepada penumpang dan pemandu, membolehkan mereka berunding harga secara terus tanpa gangguan harga algoritma.

Ciri yang membezakan inDrive juga menjadikan ianya telus dan mempunyai lebih banyak kawalan dengan memberikan kebebasan kepada penumpang untuk memilih pemandu berdasarkan harga, anggaran masa ketibaan, model kenderaan, dan penilaian pemandu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Demikian juga, pemandu mempunyai fleksibiliti untuk menerima, menolak, atau berunding mengenai tambang perjalanan berdasarkan butiran seperti lokasi semasa dan destinasi penumpang, tambang yang ditawarkan, serta penilaian mereka.

Teras kerjasama ini adalah untuk meningkatkan pengalaman perolehan insurans, menawarkan pemandu pilihan yang mudah diakses dan kos yang efektif.

Pelanggan akan memperoleh sebut harga secara terus dan segera daripada sehingga 12 syarikat insurans, dan pembaharuan insurans sepantas 3 minit.

Ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka, malah memastikan perlindungan komprehensif untuk jaminan kewangan yang lebih baik melalui penyelesaian insurans khusus untuk menangani risiko tertentu yang berkaitan dengan aktiviti pengangkutan harian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2025, pemandu boleh mendapat penjimatan segera dengan kod promo GOINDRIVE bagi memperoleh pelbagai manfaat unik seperti diskaun khas, peningkatan kesejahteraan kewangan dan kepuasan keseluruhan.

Menurut Ketua Tan Chong Insure, TCCL Sdn. Bhd., Joshua Yong, GoInsuran yakin yang perkongsian ini akan memudahkan proses insurans, menjadikan ia lebih lancar dan cekap, terutamanya memberikan manfaat kepada pemandu e-hailing yang menghabiskan banyak masa di jalan raya.

Ketua Pemerolehan Pemandu inDrive (Malaysia), Mohamed Khalil Bin Muhammad Rizal berkata, kerjasama yang signifikan antara GoInsuran dan inDrive akan membawa penyelesaian insurans inovatif terus ke pusat ekonomi gig.

Tambahnya, matlamat mereka adalah untuk memberikan ketenangan jiwa dan keselamatan kepada pemandu yang menjadi tulang belakang komuniti e-hailing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply