ARKIB

KATEGORI

Buletin

Golf generasi baharu diperkenalkan

Views

SONY DSC

Info dan gambar daripada Arish Qutb Ahmad Khan

Baru-baru ini Volkswagen Malaysia telah melancarkan model terbarunya Golf generasi ke-7. Sejak 1974, Golf telah terjual sehingga mencecah 29 juta unit seluruh dunia. Kereta yang telah memenangi anugerah “Kereta Tahunan Eropah 2013” kini tampil dengan rekaan baru sepenuhnya. Walaupun generasi terbaru Golf ini lebih lebar dan panjang berbanding model terdahulu, namun berat keseluruhannya telah berjaya dikurangkan sehingga 100kg dan ini merupakan hasil kecemerlangan teknologi pembuat kereta dai Jerman itu. Model ini juga dibangunkan menggunakan platform terbaru Modular Transverse Matrix (MQB).

Dilengkapi dengan enjin Volkswagen TSI dengan teknologi BlueMotion, telah membuktikan Golf sebagai kenderaan mesra alam selain penjimatan penggunaan bahan api dan pengurangan pelepasan CO2. Teknologi enjin TSI ini juga merupakan yang terkini dan paling inovatif.

Der neue Volkswagen Golf

Enjin ini mampu menjana 140PS dengan 250Nm tork dan telah melepasi piawaian emisi EU-6 dengan penggunaan bahan api hanya 5 liter/100km. Dipadankan dengan kotak gear 7-kelajuan DSG Volkswagen, Golf mampu mencapai 100kph dalam 8.4 saat dan kelajuan tertingginya mencecah 212kph.

Rekaan luaran model ini masih mengekalkan DNA Golf dengan falsafah rekaannya yang ringkas dan menawan. Gerbang rodanya yang menonjol dengan tapak yang lebih luas dan jarak roda yang lebih panjang, menjadikan Golf nampak lebih hebat dari model sebelumnya.

Bahagian dalamannya pula lebih luas dan ergonomik terutama sekali di tempat pemandu. Di konsol tengah, terdapat suis lampu amaran bahaya dan sistem infotainment dengan skrin sentuh 5.8 inci. Sistem ini datang standard dengan sambungan USB, AUX-In, slot kad SD serta dilengkapi 8 pembesar suara dan sambungan Bluetooth. Golf baru dijual pada harga RM157, 888 dan kini berada di bilik pameran Volkswagen.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply