ARKIB

KATEGORI

Buletin

Golf GTI dipertingkatkan – Sistem audio Harman Kardon dan head-up display, harga RM252,990

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Golf GTI yang dipertingkatkan, lengkap dengan sistem audio Harman Kardon dan ciri paparan head-up display.

Dengan peningkatan baru ini, Golf GTI kini ditawarkan pada harga RM252,990. Sistem audio premium Harman Kardon 480-watt memberikan pengalaman bunyi keliling dan akustik mengagumkan menerusi 10 unit pembesar suara.

Paparan head-up display pula memaparkan pelbagai maklumat penting seperti kelajuan, navigasi dan sistem amaran pada cermin utama.

Golf GTI dijana oleh enjin 2.0TSI turbo berkuasa 245PS dan 370Nm daya kilas yang dipadankan bersama kotak gear 7-kelajuan cekam basah DSG.

Hot hatch itu amat mudah dikenali menerusi jeriji hadapan jenis sarang lebah dan kemasan GTI berwarna merah yang menjadi signatur rekaannya.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Penampilan itu dilengkapkan dengan rim aloi Richmond bersaiz 18-inci yang sporty, angkup brek berwarna merah, serta lampu utama dan belakang LED sepenuhnya.

Ia turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (Driver Assistance System, DAS), IQ. Drive yang berfungsi membantu membuatkan perjalanan lebih selamat dan selesa.

IQ. Drive merangkumi sistem Bantuan Perjalanan dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) yang menggunakan radar dan pelbagai alat pengesan pada bahagian hadapan.

Ciri Bantuan Sisi bertindak sebagai pemantau titik buta aktif, manakala Amaran Lintasan Trafik Di Belakang pula memberi amaran kepada pemandu jika wujud bahaya apabila gear undur diaktifkan.

Bantuan Hadapan pula merupakan satu ciri Brek Kecemasan Automatik (AEB) yang menggunakan alat pengesan radar yang diintegrasikan pada bahagian hadapan GTI.

Ia akan sentiasa memantau jarak kenderaan di hadapan serta berupaya mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal yang melintas jalan.

Ciri Bantuan Lorong menggunakan sistem berasaskan kamera yang mebantu pemandu kekal dalam lorong yang betul.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Sekiranya kenderaan masuk ke lorong lain tanpa pengantifkan lampu isyarat membelok, sistem ini berfungsi untuk menarik stereng kembali ke lorong asal secara automatik.

Sebagai tambahan, fungsi Panduan Lorong Adaptif memastikan kereta kekal dalam lorongnya berdasarkan daripada garis jalan mengikut karakteristik pemanduan pemandu.

Golf GTI didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan kerosakan selama 5 tahun.

VPCM turut memulakan program jerayawara Volkswagen pertamanya untuk tahun ini di Pulau Pinang yang akan bermula pada 4 hingga 7 Januari 2024 di Queensbay Mall.

Antara model yang akan dipamerkan pada jelajah itu termasuklah Golf GTI yang telah dinaik taraf, Arteon R-Line, Golf R dan Tiguan Allspace R-Line.

Sesi pandu uji turut disediakan sepanjang jerayawara ini berlangsung. Tempahan dan pandu uji boleh dibuat di semua bilik pameran sah Volkswagen di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply