ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear lancar tayar sport premium Eagle F1 Asymmetric 3

Views

Awal minggu ini Goodyear memperkenalkan tayar premium terbaharunya, Eagle F1 Asymmetric 3 di Malaysia. Tayar sport premium dan mewah ini memberikan 31 peratus ketahanan tayar lebih baik dan jarak membrek yang lebih dekat pada permukaan jalan yang kering dan basah. Pasaran tayar mewah segmen premium sport kini semakin berkembang dan dijangka akan meningkat lebih enam peratus pada 2016 hingga 2020 di Asia Pasifik. Ia didorong oleh peningkatan di China (5.9 peratus), Australia (5.7 peratus) dan negara-negara ASEAN (9 peratus).

Tayar Eagle F1 Asymmetric 3 sarat dengan teknologi terkini seperti Grip Booster yang terdiri daripada sebatian booster cengkaman dan resin pelekat untuk kelekitan, untuk memberikan cengkaman lebih kuat supaya mendapatkan jarak membrek yang lebih pendek dan pengendalian yang lebih baik. Teknologi Active Braking pula meningkatkan sentuhan permukaan dan cengkaman semasa membrek, yang membolehkannya untuk membrek pada jarak yang lebih pendek. Teknologi pembinaan bertetulang baharu juga menjadikan tayar ini lebih kuat, lebih ringan bagi meningkatkan pengendalian, prestasi semasa mengambil selekoh, kehausan bunga dan kecekapan bahan api.

Eagle F1 Asymmetric 3 juga telah diuji oleh organisasi bebas DEKRA dan mampu menambah 11,500 km jarak perbatuan (atau +31 peratus prestasi kehausan tayar lebih baik) berbanding dengan tiga lagi pesaing. Selain itu, ujian penanda aras yang dijalankan oleh TÜV Süd menunjukkan Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 mempunyai jarak membrek paling dekat iaitu 2.6 meter (9 peratus lebih baik) pada pemukaan jalan licin, jarak membrek 1.3 meter lebih pendek pada permukaan jalan kering (4 peratus lebih baik) dan 4 peratus pengendalian lebih baik semasa jalan licin. Ujian yang sama juga menunjukkan 10.9 peratus rintangan golek lebih baik berbanding tiga lagi pencabar, yang memberikannya kedudukan kedua dalam prestasi rintangan golek berbanding tayar jenama lain.

Untuk pasaran Malaysia, tayar Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 akan ditawarkan dalam varian bersaiz 17 inci hingga 20 inci diameter rim, manakala tayar bersaiz 34 juga tersedia. Harga bagi tayar Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 bermula dari RM668 hingga RM1,820 termasuk GST, bergantung kepada saiz. Tayar ini boleh didapati di cawangan Goodyear Autocare dan Servitekar, serta pengedar sah Goodyear diseluruh negara. Layari laman sesawang rasmi Goodyear Malaysia – http://www.goodyear.com.my/, atau di laman rasmi Facebook Goodyear Malaysia – https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply