ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear Malaysia perkenal program Worry Free Assurance yang ditambahbaik

Berita Tempatan

Views

Goodyear Malaysia melancarkan program Worry Free Assurance (WFA) yang ditambahbaik dan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2022, bagi memastikan semua rakyat Malaysia selamat dan dilindungi apabila menggunakan tayar Goodyear.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng berkata, pihaknya percaya program Worry Free Assurance yang baharu ini akan membantu pelanggan kekal selamat dan dapat menikmati pemanduan yang menyeronokkan untuk jangka masa panjang.

Program WFA baharu ini tersedia untuk semua pelanggan yang membeli mana-mana tayar pengguna Goodyear baharu tanpa pembelian minimum. Pelanggan yang menyertai program ini akan menerima tiga faedah baharu iaitu:

1 Tahun Jaminan Road Hazard

Untuk tempoh 1 tahun bermula dari tarikh pembelian, pelanggan layak untuk menikmati pertukaran “1-to-1” secara percuma jika tayar mengalami kerosakan yang tidak boleh diperbaiki berpunca dari bahaya di jalanan seperti lubang dan/atau objek tajam kesan semasa pemanduan dalam keadaan biasa.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Untuk pertukaran, tayar berkenaan mestilah mempunyai kedalaman bunga tayar pada 5.0mm atau lebih. Ciri baharu ini adalah lanjutan daripada WFA terdahulu yang menawarkan 6 bulan perlindungan dengan kedalaman bunga tayar minimum 6.0mm.

2X Pemeriksaan Tayar Percuma

Program baharu WFA ini akan memastikan tayar pelanggan berada dalam keadaan yang optimum dengan menyediakan dua pemeriksaan keselamatan tayar secara percuma.

Pelanggan boleh berkunjung semula ke bengkel Goodyear Autocare di mana mereka membeli tayar untuk menikmati dua pemeriksaan keselamatan tayar percuma pada bulan keenam dan kedua belas dari tarikh pembelian untuk memastikan pemanduan yang lebih tenang dan selamat kepada pelanggan.

Jaminan 5 Tahun
Goodyear Malaysia juga telah mengemaskini terma dan syarat di mana jaminan terhad selama lima tahun akan bermula dari tarikh pembelian seperti yang dinyatakan dalam invois asal dan bukan dari tarikh pembuatan tayar.

Walau bagaimanapun, sekiranya tiada invois asal, jaminan terhad ini akan bermula dari tarikh pembuatannya. Di bawah jaminan ini, Goodyear juga akan memberi perlindungan kepada ketidaksempurnaan pembuatan sama ada dari segi mutu kerja atau bahan-bahan yang digunakan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Selain itu, pelanggan yang membeli mana-mana tayar pengguna Goodyear baharu boleh menyertai program Worry Free Assurance dengan mengikuti tiga langkah mudah berikut:

  1. Beli mana-mana tayar pengguna Goodyear baharu dari Goodyear Autocare atau kedai-kedai yang mengambil bahagian.
  2. Terima invois dan kad WFA dari Goodyear Autocare atau kedai-kedai yang mengambil bahagian.
  3. Daftarkan tayar yang dibeli itu di https://www.goodyear.com.my/warranty/register-your-tyres untuk mengaktifkan WFA dengan memuat naik resit dan nombor kad WFA anda.

Pelanggan yang berhasrat untuk menuntut pertukaran 1-to-1 secara percuma atau mendapatkan pemeriksaan tayar percuma perlu menunjukkan kedua-dua kad WFA dan invois pembelian di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Jika kad WFA hilang, pelanggan boleh mencetak pendaftaran WFA secara dalam talian sebagai ganti. Untuk maklumat lanjut mengenai program Worry Free Assurance Goodyear, layari www.goodyear.com/my atau ikuti Goodyear Malaysia di Facebook dan Instagram.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply