ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu Mercedes-Benz melawan arus, warga emas hidap Alzheimer disaman

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki berusia 83 tahun yang mempunyai penyakit Alzheimer disaman kerana memandu melawan arus di Kilometer 211 Lebuhraya Persisian Pantai Barat (WCE) berhampiran susur keluar Sitiawan Selatan, kelmarin.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut Berita Harian, rakaman memaparkan warga emas itu memandu kereta Mercedes-Benz C200 dan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bharu, Ayer Tawar, tular di media sosial kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata susulan video tular itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung berjaya mengesan warga emas berkenaan, semalam.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Dia kemudian dikenakan tindakan saman atas kesalahan memandu melawan arus mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga memaklumkan, siasatan awal turut mendapati pemilik kenderaan itu mengalami penyakit Alzheimer dan simptom nyanyuk.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Manjung

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply