ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear Malaysia serah Perodua Ativa kepada tiga pemenang hadiah utama kempen ‘Win-a-Car’

Berita Tempatan

Views

Goodyear Malaysia telah melancarkan kempen ‘Win-a-Car’ tahun lalu bersempena dengan pemansuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan rentas negeri.

Kempen yang berlangsung dari 15 April hingga 18 September 2021 menawarkan tiga hadiah utama, iaitu Perodua Ativa.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Untuk menyertainya, pelanggan haruslah menepati beberapa kriteria, seperti memiliki dan memandu kereta yang sah.

Kemudian mereka perlu mendaftar secara dalam talian menerusi laman sesawang Goodyear Malaysia’s Worry Free Assurance selepas membuat pembelian sekurang-kurangnya dua unit tayar dari mana-mana pusat Goodyear AutoCare atau peruncit yang sah.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Peraduan ini telah menerima lebih daripada 10,000 penyertaan dan tiga pemenang iaitu Jernatherao, Ivy Know dan Muhammad Aiman telah dipilih oleh Goodyear sebagai pemenang hadiah utama, iaitu Perodua Ativa.

Menurut Pengarah Urusan Goodyear, Alex Ng, kempen ini bertujuan untuk membuat orang berfikir tentang keselamatan kereta dan tabiat penyelenggaraan kereta yang baik.

Mewakili pihak Goodyear, beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyertai peraduan dan tahniah buat pemenang hadiah utama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply