ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM tawar rebat ‘ang pao’ sempena Tahun Baharu Cina

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meraikan ketibaan sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) 2022 dengan memberikan pelbagai tawaran perayaan yang menarik.

Peminat jenama Volkswagen akan ditawarkan dengan rebat ‘ang pao’ RM1,000, penjimatan dan pengecualian cukai jualan eShowroom bernilai RM3,500 untuk model Arteon R-Line 4MOTION, Passat Elegance, Tiguan Allspace Highline dan Tiguan Allspace R-Line.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Selain itu, Passat Elegance didatangkan dengan rebat RM2,500 dan petrol percuma selama setahun. VPCM turut menawarkan tiga tahun servis percuma dan lima tahun jaminan tanpa had perbatuan.

Semua pengedar Volkswagen di seluruh negara juga akan menganjurkan acara bilik pameran dari 15 hingga 16 Januari, termasuk sesi pandu uji.

Bagi memastikan keselamatan jalan raya semasa perayaan yang akan datang, VPCM menyediakan pemeriksaan kenderaan percuma di semua pusat servisnya yang sah. Pemilik kini boleh membuat janji temu dengan mudah melalui aplikasi Volkswagen Cares.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Kit disinfektan kereta percuma juga diberikan kepada pemilik yang berbelanja minimum RM800 untuk sebarang servis mulai 13 Januari 2022 dan seterusnya. Hadiah ini juga disediakan dengan rawatan ozon atau kabus, serta bagi mereka yang menggantikan penapis udara pendingin hawa HEPA atau arang.

Pilihan pembayaran bil secara ansuran dalam tempoh enam atau 12 bulan pada kadar faedah 0 peratus (tertakluk kepada terma dan syarat) iaitu pelan pembayaran mudah Volkswagen turut ditawarkan semasa musim perayaan juga.

Tawaran CNY Volkswagen ini akan berakhir pada 28 Februari 2022. Untuk maklumat lanjut, layari https://eshowroom.volkswagen.com.my/ atau hubungi mana-mana pusat servis yang sah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply