ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gracshaw lancar topi keledar edisi terhad DC- Enam pilihan rekaan, harga RM460

Berita Tempatan

Views

Pengeluar topi keledar, Gennex telah menjalin kerjasama dengan DC untuk memperkenalkan enam topi keledar edisi terhad yang diinspirasikan daripada watak adiwira ikonik seperti Batman, Superman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash dan The Joker.

Topi keledar ini direka dengan begitu teliti di bawah tanda dagangan DC bagi menjamin ketulenan dan keasliannya. Ia akan mula berada di pasaran pada 10 Januari 2024.

Setiap reka bentuk topi keledar bukan sahaja diilhamkan, tetapi secara intrinsik saling berkaitan dengan personaliti watak yang diwakilinya.

Sebagai contoh, topi keledar Batman menyerlahkan ciri mistik ‘The Dark Knight‘, dengan skema warna yang anggun dan muram, manakala topi keledar The Joker menampilkan daya tarikan ‘Clown Prince of Crime‘ menerusi senyuman berkarakternya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Topi keledar Superman mencerminkan kekuatan dan kegagahan ‘The Man of Steel‘ melalui corak yang begitu menonjol, manakala reka bentuk Wonder Woman memancarkan kuasa dan keanggunan ‘pahlawan Amazon’ dengan warna yang bertenaga seperti seorang pejuang.

Topi keledar Aquaman membawakan aura agung ‘raja Atlantis’, dan peminat The Flash pula boleh menikmati reka bentuk topi keledar yang diilhamkan oleh ‘pancaran kilat’.

Hanya 1,500 unit akan dihasilkan untuk reka bentuk Superman, Batman, The Flash dan The Joker, manakala untuk rekaan Aquaman dan Wonder Woman pula, terhad kepada 500 unit.

Topi keledar ini turut menerima pensijilan SIRIM untuk kegunaan harian di jalan raya. IA menampilkan mekanisme penguncian cincin D berganda untuk kesesuaian dan keselesaan, sistem pengudaraan berganda dan pelapik dalaman mewah yang boleh ditanggalkan.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Selain itu, reka bentuk aerodinamik topi keledar yang diperkemas menyerlahkan daya tarikan yang anggun dan moden. Saiz untuk topi keledar bermula dari M hingga XXXL, dan setiap satunya berharga RM460.

Bagi menyerlahkan nilai eksklusifnya, ia didatangkan dalam kotak khas yang dilengkapi dengan beg pembawa eksklusif, sijil ketulenan dan pelekat unik yang diilhamkan DC untuk ciri peribadi tambahan.

Visor matahari juga boleh disesuaikan dengan lapan warna dinamik, sekali gus mengoptimumkan penampilan dan daya tarikan estetik.

Kesemua enam varian topi keledar DC edisi terhad ini tersedia secara eksklusif hanya di 30 pengedar terpilih di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lajut, hubungi Gracshaw di talian +604 916 3876.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply