ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Almera dengan pakej Kuro Edition diperkenalkan – Kit aero TOMEI, warna baharu Glacier Grey

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan model sedan Nissan Almera yang dilengkapi dengan pakej Kuro Edition untuk pasaran Malaysia, semalam.

Dalam bahasa Jepun, Kuro membawa maksud ‘hitam’ dan versi ini turut ditawarkan dengan warna baharu, iaitu Glacier Grey.

Pakej Kuro ditawarkan dengan harga RM8,000 dan ia merangkumi:

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

  • Kit aero yang dibangunkan oleh secara eksklusif oleh TOMEI Jepun yang terdiri daripada spoiler bampar depan dan belakang, skirt sisi dan spoiler penutup but belakang yang kesemuanya diberikan kemasan hitam berkilat.
  • Jerjiji hadapan kemasan hitam berkilat
  • Rim aloi hitam (15-inci untuk varian VL dan 16-inci bagi VLP/VLT)
  • Filem penapis haba ICE Cool
  • Injak sport
  • Plat pemijak kaki
  • Pelindung pemegang pintu
  • Visor pintu

 

Selain itu, turut ditawarkan Kuro GT berharga RM3,200 yang ditambah dengan GT Wing TOMEI kemasan hitam dan rim aloi IMPUL kemasan dwitona bersaiz 16-inci.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Ia masih mengekalkan rangkaian kuasa sedia ada iaitu enjin 1.0 liter turbo yang menjana 100 kuasa kuda dan 152 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi CVT Xtronic.

Almera dilengkapi dengan Nissan Intelligent Mobility dan Nissan Safety Shield 360 yang merangkumi Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (IFCW), Brek Kecemasan Hadapan Pintar (IFEB), Amaran Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Di Belakang dan kamera 360 darjah.

ETCM turut mengadakan promosi bersempena dengan pelancaran pakej tersebut, di mana pembeli boleh mendapatkan pakej Kuro pada harga RM1,000, atau RM1,500 untuk pakej Kuro GT yang terhad kepada 300 set sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Zyzie FR Nissan Labuan dan Nissan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply