ARKIB

KATEGORI

Tular

“Akhirnya, kerana gula, semut bersatu”, kemelut Bezza tular temui titik noktah

Tular

Views

Akhirnya, ‘perang dingin’ antara pemilik Bezza yang tular baru-baru ini dengan Perodua menemui titik noktah.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya malam ini, Nagakanni Subramaniam memaklumkan bahawa Perodua akhirnya bersetuju untuk membeli semula keretanya dengan harga penuh!

Tambahnya, dengan keputusan ini, dia tidak perlu lagi membuat bayaran ansuran bulanan untuk kereta lama, dan semua bayaran sebelum ini pun akan dipulangkan semula.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Perodua juga memberi tawaran untuknya membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau dia boleh menolak tawaran tersebut dan membeli kereta lain.

Dia juga perlu membuat keputusan dalam tempoh 7 hari. Dalam masa yang sama, Nagakanni turut mengucapkan terima kasih kepada Perodua atas keputusan tersebut.

Yang paling penting, dia berterima kasih dan terhutang budi dengan semua yang membantu untuk menuntut haknya.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Ujarnya, perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dirinya yang merupakan seorang kerani yang diibaratkan sebagai semut. Namun, dia telah mempelajari sesuatu.

Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya. “Akhirnya, kerana gula, semut bersatu”.

Setakat ini hantaran tersebut telah menerima reaksi postif daripada warganet serta menerima lebih 1,300 komen dan 1,900 perkongsian di media sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nagakanni Subramaniam

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply