ARKIB

KATEGORI

Buletin

Guard My Ride tawar jaminan lanjutan komprehensif untuk kereta terpakai atau recond

Berita Tempatan

Views

Usah bimbang untuk mendapatkan perkhidmatan jaminan lanjutan semasa membeli kereta terpakai atau recond kerana Guard My Ride (GMR) sedia membantu anda. GMR merupakan pembekal jaminan lanjutan komprehensif dan mereka baru-baru ini telah mengadakan kerjasama dengan Sime Darby Auto Selection.

Selain itu, GMR juga merupakan pelopor dalam perkhidmatan tersebut di negara ini dan telah mula bertapak sejak 2015. CEOnya, Jonathan Tham pula mempunyai pengalaman lebih dari sedekad dalam industri ini. Menerusi kerjasama ini, pakej perkhidmatan jaminan komprehensif eksklusif akan ditawarkan kepada para pelanggan Sime Darby.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Bukan mudah untuk mencari penyedia perkhidmatan seperti ini memandangkan cabaran sebahagian daripada mereka tidak mengemaskini terma dan syarat, serta tempoh pemprosesan yang lambat bagi melengkapkan permohonan dokumentasi.

Di GMR, mereka mengatasi isu ini menerusi ketelusan dan kecekapan yang tinggi dalam proses tuntutan. Mereka berkeupayaan untuk memproses tuntutan dalam tempoh 48 jam selepas penyerahan dokumentasi yang lengkap. GMR juga satu-satunya penyedia perkhidmatan jaminan premium yang memastikan pelanggan mendapat nilai tuntutan penuh termasuk kos alat ganti dan kos buruh.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

GMR juga telah menubuhkan bengkelnya yang tersendiri di Lembah Klang menerusi kolaborasi dengan beberapa bengkel panel yang terpilih. Melalui rangkaian ini, GMR berharap agar dapat menawarkan standard kualiti perkhidmatan servis dan penyelenggaran berkualiti di seluruh negara.

Sebagai pelopor di dalam industri perkhidmatan jaminan lanjutan, GMR juga merupakan satu-satunya syarikat yang disokong oleh RHB Insurance bagi memastikan setiap tuntutan yang dibuat akan diproses secara telus bagi memastikan tiada sebarang tuntutan yang berlebihan, atau tidak munasabah.

Selain itu, GMR turut mengadakan kerjasama dengan MyTukar yang menjadi rakan jaminan rasmi dan juga forum automotif Evo Malaysia sebagai rakan media. Kolaborasi bersama Evo turut merangkumi promosi eksklusif promosi jaminan lanjutan khusus buat ahli Evo Club. Layari laman sesawang gmride.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply