Tular di media sosial apabila sekumpulan pekerja penyelenggaran jalan didakwa menggunakan cat dinding rumah untuk mengecat garisan di sebatang jalan raya.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Lando Zawawi – Brotherhood Malaysia, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Seri Iskandar, Perak, semalam.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Malah, turut dikongsinya adalah sekeping gambar yang memaparkan dua orang pekerja sedang mengecat garisan jalan bersama tong cat jenama terkenal yang kebiasaannya digunakan untuk mengecat bangunan atau rumah.
“Salaam Ukhwah, ‘roadmarking‘ 5 lapisan Seri Iskandar, Perak. Dah lame ke pakai cat spesifikasi dinding rumah?
“Patutla ramai komplen cat hilang. Siapa bagi arahan tu habaq mai. Kejadian pagi semalam (13/8/24). Lokasi, persimpangan lampu trafik Jalan Teknologi 1 dan Laluan JKR Federal 5,” tulisnya.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Susulan perkongsian itu, rata-rata warganet memgecam tindakan kontraktor penyelenggaraan yang melalukan kerja tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
“Mmg patut kena maki pun. Apa kejadah pakai cat dinding kat ‘roadmarking‘ jalan raya. Buat kerja ‘level’ ala pemalas nak mampus,” luah Hafiz Iskandar Wazir.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Aliff Haikal. “Roadline (garisan jalan) ada cat khas dia. Bukan beli cat dinding,” katanya – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit LANDO Zawawi – Brotherhood Malaysia
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI